Kekadang penting jugak untuk
kita berfikir mengenai hidup dan sebagainya.
Adakah kita terasa dalam kita
berdoa ada sedikit salahnya. Sebagai contoh, “Ya ALLAH lindungilah harta benda
ku dari segala ancaman kecurian Ya ALLAH”. Satu kesalahannya adalah, si pendoa
lupa bahawa pemilik mutlak adalah ALLAH, bukanlah si pemegang harta tersebut.
Manusia hanyalah pemegang amanah, bukanlah milikan mutlak harta tersebut.
Sepatutnya doa tersebut berbunyi begini " Ya ALLAH, Engkau lindungilah harta-harta Engkau yang diamanahkan kepada aku dari segala mara bahaya".
Dan seterusnya, kita selalu
melihat bahawa segala sifat kebaikan sahaja merupakan ciptaan ALLAH, padahal
keburukan juga adalah ciptaan ALLAH. Walaupun ia ciptaan ALLAH, namun ALLAH
tidak sekali-kali akan mempunyai sifat-sifat cela tersebut. Andai ada yang selalu
berkata "Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari silap
saya sendiri” tegurlah, bahawa silap itu juga adalah datang dari ALLAH, cuma
kita yang memilih untuk silap atau benar.
Dan yang terakhir adalah,
manusia sentiasa berdoa supaya diberikan itu ini, itu ini. Sememangnya yang ini
tidak salah, seperti yang selalu kita berdoa, "Ya ALLAH berilah aku dapat no 1
dalam periksa kali ini". Adalah sebaiknya jika berdoa , "Ya ALLAH, aku selalu
inginkan yang terbaik dalam peperiksaan seperti mana anggapan manusia biasa,
namun, aku meminta kepadaMu yang terbaik, andai gagal itu terbaik untuk aku,
turunkanlah kegagalan yang berhikmah itu kepada aku".
Jadi, sekiranya begitu, kita
takkan bersedih, andai berjaya, kita akan bersyukur, andai kita gagal, kita akan
sedar gagal itu berhikmah.