3 SYARAT UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH




3 SYARAT UNTUK MENDAPAT RAHMAT ALLAH



Terjemahan:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itulah (orang-orang yang) mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

- Surah Al-Baqarah 2:218
  
Tafsir Ayat:

Di dalam ayat di atas Allah SWT menyatakan tiga syarat yang perlu dipenuhi terlebih dahulu oleh seorang manusia barulah dia layak digolongkan sebagai orang yang benar-benar telah mengharapkan Rahmat Allah iaitu: IMAN, HIJRAH dan JIHAD FII SABILILLAH.

Apakah makna Rahmat Allah? Dan mengapa setiap manusia perlu mengharapkan Rahmat Allah? Bagaimanakah cara supaya kita mendapat Rahmat Allah?

Rahmat Allah maknanya kasih sayang Allah. Tanpa Rahmat Allah manusia tidak akan mungkin hidup bahagia di dunia atau di akhirat. Semua keperluan manusia di dunia ini sejak dari tempat tinggal, makanan, minuman, oksigen dan lain-lain adalah di antara kesan-kesan rahmat Allah bagi mereka. Lebih-lebih lagi di akhirat nanti; amalan kita diterimaNya dan dosa-dosa kita diampuniNya adalah antara kesan-kesan Rahmat (kasih sayang) Allah. Malahan seseorang tidak akan mungkin masuk syurga tanpa rahmat Allah.

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda:

“Tidaklah amalannya yang memasukkan salah seorang daripada kamu ke dalam syurga dan tidak pula ia menjauhinya daripada neraka; demikian juga dengan aku, kecuali Rahmat daripada Allah”. [Hadis Sahih Riwayat Muslim]

Jadi kesimpulan hadis di atas; bukanlah amalan kita yang memasukkan kita ke dalam syurga. Tetapi manusia masuk syurga adalah berkat Rahmat Allah.

Siapakah orang-orang yang benar-benar mengharapkan Rahmat Allah? Di dalam ayat di atas Allah telah menetapkan bahawa IMAN, HIJRAH dan JIHAD adalah tiga syarat utama yang mesti kita miliki agar layak dikategorikan ke dalam golongan tersebut. Dan ini menunjukkan bahawa harapan mendapatkan Rahmat Allah tidak akan tercapai tanpa usaha melakukan sebab-sebab yang boleh mendatangkan Rahmat Allah. Adapun harapan yang diikuti dengan kemalasan adalah dakwaan yang kosong dan tidak akan menghasilkan apa-apa kecuali kerugian belaka.

Mengharapkan Rahmat Allah tanpa mengikutinya dengan sebab-sebab di atas iaitu iman, hijrah dan jihad adalah sama seperti orang yang mengharapkan mendapatkan zuriat tetapi dia sendiri tidak mahu berkahwin atau seperti orang yang mengharapkan memiliki kebun yang subur rendang dan buah yang lebat tetapi kebunnya tidak diolah, disirami air dan dibaja. Oleh itu marilah kita isi sisa-sisa hidup ini dengan usaha semaksima mungkin ke arah memantapkan ketiga-tiga syarat di atas.
  
1. IMAN.

Hubungan erat antara Keimanan dengan Rahmat Allah memang tidak dapat dinafikan lagi. Tanpa keimanan seseorang tidak akan mungkin mendapat kasih sayang (Rahmat) Allah. Malahan Allah sangat murka kepada orang yang syirik kepadaNya.

IMAN yang bagaimanakah yang boleh membawa kepada Rahmat Allah? Atau dengan kata lain: IMAN yang bagaimanakah yang boleh menghindarkan manusia daripada murka dan azab Allah? Barangkali ayat di bawah ini dapat menjawab pertanyaan ini: Firman Allah:

“Orang-orang yang beriman dan mereka tidak mencampurkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan (daripada siksaan Allah) dan merekalah orang-orang yang mendapat petunjuk”.

- Surah Al An’aam 6:82

Berdasarkan ayat ini jelaslah bahwa hanya IMAN YANG MURNI dan tidak bercampur syirik saja yang boleh menjamin seseorang mendapat Rahmat Allah.

Adapun muslim yang mendakwa beriman kepada Allah tetapi dalam kehidupan sehari-hari masih lagi melakukan perkara-perkara syirik dan khurafat, maka mereka tidak akan mendapat keamanan dari siksaan Allah. Keimanan seumpama itu tidak boleh menolong mereka kerana amalan syirik yang masih mereka lakukan itu telah memusnahkan segala amal saleh mereka. Ini sebagaimana ketegasan daripada Allah sendiri melalui firmanNya dalam Surah Az-Zumar ayat 65:

Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) yang sebelummu:

“Jika kamu mempersekutukan (Tuhan), niscaya akan hapuslah amalmu dan tentulah kamu termasuk orang-orang yang merugi”.

2. HIJRAH.

Hijrah menurut bahasa: Meninggalkan yang pertama untuk pergi kepada yang kedua. Hijrah ada dua jenis:

i. Hijrah yang bersifat fizikal iaitu berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain

ii. Hijrah sikap iaitu berpindah dari satu sikap kepada sikap yang lebih baik.

Hijrah yang paling utama ialah hijrah sikap. Berpindah dari sikap yang negatif kepada sikap yang positif. Daripada syirik kepada tauhid, daripada malas kepada rajin, daripada bida’ah kepada sunnah, daripada khianat kepada amanah, daripada durhaka kepada taat dan patuh dan lain-lain lagi.

Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) bersabda:

“Sebaik-baik orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah”.

[Hadis Sahih Riwayat Imam Muslim]

Meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah bukan hanya terbatas kepada menjauhkan diri daripada apa yang secara nyata dilarang oleh Allah tetapi larangan Allah juga terdapat secara tersirat di dalam setiap suruhan Allah. Di dalam perintah mendirikan solat terdapat larangan meninggalkan solat, di dalam suruhan berbuat ihsan kepada kedua ibubapa tersirat larangan berbuat durhaka kepada mereka berdua.

Jadi belumlah sempurna seseorang yang tidak berjudi, tidak minum arak dan tidak berzina, seandainya dia juga tidak solat, tidak puasa dan ibadah-ibadah lain yang diperintahkan. Malahan menurut sesetengah ulama; Tidak melaksanakan suruhan Allah adalah dosanya lebih berat jika dibandingkan dengan terlanggar larangan Allah. Mengapa demikian? Kerana biasanya keengganan melaksanakan suruhan adalah didorong oleh sifat takabbur (sombong), berbeza dengan terlanggar larangan Allah.

Renungkanlah dan ambillah pengajaran daripada kisah Adam dan Iblis. Larangan Allah yang dilanggar oleh Adam tidaklah lebih besar jika dibandingkan dengan dosa Iblis yang enggan melaksanakan suruhan Allah. Adam melanggar larangan Allah karena ditipu oleh Iblis sedangkan Iblis tidak sujud kepada Adam adalah karena kesombongannya dan keangkuhannya.

Oleh sebab itu lakukanlah hijrah secara total. Ubahlah cara hidup anda agar lebih Islamik sebagaimana yang pernah dilakukan oleh para sahabat Nabi (sallallahu alaihi wasalam). Setelah memeluk Islam semua adat istiadat Arab yang bercanggah dengan ajaran Islam mereka tinggalkan. Mereka menyedari bahwa kemuliaan mereka bukan kerana Arabnya tetapi adalah kerana Islamnya.

3. JIHAD FII SABILILLAH.

Jihad maknanya: kesungguhan, berjuang, melawan atau bersusah-payah.
Fi sabilillah maknanya: Jalan yang boleh menyampaikan kita kepada keredhaan Allah. Jadi setiap usaha yang kita lakukan untuk mencapai keredhaan Allah dapat digolongkan ke dalam Jihad Fii Sabilillah.

Agar usaha yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah maka ada dua perkara yang perlu kita penuhi, iaitu:

i. Hati mestilah ikhlas dalam beramal

ii. Amalan mestilah bersesuaian dengan syari’at Rasul (sallallahu alaihi wasalam).

Dan barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam):

 Tidak ada hijrah sesudah penaklukan Kota Makkah tetapi Niat dan Jihat”.[Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim]

Jadi setiap muslim dan muslimat mestilag bersungguh-sungguh dalam beragama. Jangan hanya sekedar Islam Warisan Nenek Moyang. Mengaku beragama Islam tetapi banyak amalannya yang tidak Islamik. Kita mesti berusaha menggali khazanah ilmu yang ada di dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan selanjutnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Kesimpulan:

Sungguh banyak ayat yang menyatakan bahwa amalan sebagai penyebab seseorang masuk syurga. Hakikat ini tidak bercanggah dengan hadis bab di atas kerana Rahmat Allah sangat menentukan untuk melayakkan suatu amalan itu diterima oleh Allah.

Wasallam.

Kenali Hati Nuranimu, Niscaya Allah Mencintaimu!

Belajar mengenal hati manusia, bukan satu hal yang mudah, kerana seringkali sebahagian besar manusia sulit memahaminya dan akhirnya mengalami kesulitan pula dalam memanfaatkan potensinya, pada hal banyak sekali ayat dan hadis bertebaran yang menjelaskan bahawa kualiti manusia dihadapan Allah adalah tergantung dari kualiti hatinya, Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali bahkan menyebutnya sebagai hakikat manusia adalah terletak di dalam hatinya. Hati terletak di dalam jiwa, dan jiwa manusia bukanlah seperti jasad yang tersusun dari empat unsur bumi, dari air, api, tanah dan angin.


Jiwa manusia atau dalam istilah Al Quran disebut sebagai nafs, adalah hakikat manusia sebenarnya, jiwa manusia yang akan mengalami perjalanan panjang kehidupan dari alam perjanjian dahulu (lihat QS 7:172) memasuki alam rahim, lalu ke alam dunia dengan menggunakan pakaian jasad yang kita banggakan sekarang dengan ketampanannya atau kecantikannya. Dari perjalanan dunia ini, jasad manusia hanya diberi kesempatan hidup oleh ruh Allah selama yang tertulis di alam Azali, apakah telah ditetapkan 40 tahun, 50 tahun atau 90 tahun atau bahkan hanya 4 bulan. Jasad manusia hanya menemani sang jiwa selama dia memang diperkenankan oleh Allah melewatinya, sedangkan pasca kematian jasad itu, sang jiwa masih harus menempuh perjalanan berikutnya di alam barzakh. Sebuah alam yang berdiam di sana para jiwa dari manusia pertama yaitu Adam a.s. hingga zaman hari ini yang telah melewati kehidupan dunianya…


Di alam barzakh inilah sebenarnya masing-masing jiwa akan mendapatkan buah dari apa yang ”ditanamnya” di alam dunia bersama sang jasadnya. Kebaikan demi kebaikan yang Allah redhai akan membuat jiwanya merasakan hasil tuaiannya, maka di alam barzakh itu mereka akan diperjalankan dalam kedamaian, kemudian sebagaimana dalam Al Quran sebutkan, mereka diperkenankan berjalan ditengah-tengah masyarakat manusia yang masih hidup di dunia ini…. 

- Surah Al An ‘Aam (Haiwan Ternak) 6:122 



Dan apakah orang yang sudah mati lalu Kami hidupkan dan Kami beri dia cahaya yang membuatnya dapat berjalan di tengah-tengah orang banyak, sama dengan orang yang berada dalam kegelapan, sehingga dia tidak dapat keluar dari sana?
Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang orang kafir terhadap apa yang mereka kerjakan.

- Surah Al An ‘Aam 6: 122


Kerana itulah, betapa berharganya kehidupan di dunia ini jika seandainya setiap diri manusia sedar akan tujuan hidupnya. Sedar bahawa perjalanan dunia hanyalah sebuah perlintasan sesaat sebelum manusia itu melanjutkan perjalanan panjangnya di alam berikutnya. Dan keberhargaan dunia ini tentu diukur dari kualiti dirinya di dunia ini, dan kualiti diri diukur dari kualiti jiwanya, atau kualiti hatinya, bukan kualiti keindahan fizikal jasadnya. Betapa hati manusia atau hati manusia itu memiliki kedudukan yang sangat mendasar. Dan betapa kesucian jiwanya berkaitan dengan kesucian hatinya dan kekotoran sang manusia dihadapan Allah tentu berkaitan dengan kekotoran dan kenistaan sang jiwa itu sendiri akibat dosa-dosanya…


Hati manusia sebagai fokus utama pandangan Allah. Hati manusia menjadi tempat bersemayamnya asma-asma Allah, tentu bukan sebarangan hati tapi hati yang telah Allah sucikan, Allah dekatkan dan Allah murnikan semurni-murninya…


Sedikit kutipan tulisan dari pengantar buku Al-Hakim al-Tirmidzi,

“Biarkan Hatimu Bicara!”,


Al kisah, ketika itu Nasruddin Hoja diangkat menjadi seorang hakim. Suatu hari saat dia sedang mencatat perkara yang masuk, dua orang lelaki datang mengadu. Masing-masing mengaku sebagai pemilik sehelai jubah dan tidak ada yang mahu mengalah.
Nasruddin menyuruh mereka memegang hujung jubah itu. Lalu dengan segera, dia kembali bekerja. Asyik sekali dia bekerja seolah-olah tidak hirau dengan dua orang lelaki yang berdiri di depan mejanya sambil memegang hujung jubah.
Beberapa minit kemudian, Nasruddin dengan keras menjerit, ”Hai pencuri! Serahkan jubah itu pada yang punya!”
Secara spontan, salah seorang dari mereka melepaskan hujung jubah yang dia pegang. Dengan demikian, tahulah Nasruddin milik siapa jubah itu.


Begitulah. Orang bersalah memang sukar membohongi dirinya sendiri. Seribu orang boleh dikelabui dengan mimik wajah atau lakonan. Tapi, hati kecilnya sendiri tidak mungkin dikelabui. Hatilah, menurut ulama sufi, pusat motivasi dan pengetahuan kita.. Hati bahkan mampu mengetahui apa yang diingkari oleh fikiran rasional.


Kerana itulah Nabi SAW. berpesan, ”Istafti qalbak,” mintalah fatwa pada hatimu…”kebaikan adalah sesuatu yang membuat hatimu tenang dan keburukan adalah sesuatu yang membuat hatimu gelisah.” (HR Ahmad dan Al-Daarimi).


Di sini hati menjadi tempat bertanya bagi kita tak kala harus memutuskan sesuatu yang penting. Ia sumber cahaya batiniyah, inspirasi, kreativiti, dan belas kasih.


Dalam hadis lain, hati pulalah penentu kualiti seseorang: ”Hati bagaikan raja, dan hati memiliki bala tentera. Bila raja itu baik,maka baiklah seluruh bala tenteranya. Dan, kalau hati itu rosak, maka rosaklah seluruh bala tenteranya” (Kanzul Ummal, hadis ke 1205)


Namun pertanyaan kita bersama adalah, apakah semua hati manusia boleh kita tanya untuk mendapatkan jawapan yang bijak, yang benar menurut Allah, dan yang melorong kita pada keredhaan-Nya? Adakah mungkin jika hati manusia boleh ditanya dan memperlihatkan kebenaran, tapi faktanya banyak manusia masih lagi leka dan terjebak pada tindakan-tindakan kemaksiatan, kejahatan dan keburukan lainnya? Mengapa pula tidak banyak manusia yang sedar bahawa dalam dirinya ada sebuah potensi Ilahiyah yang akan membimbingnya pada jalan kesucian? Apa yang membuat pemahaman manusia tentang keajaiban hati ini menjadi terhijab? Apa yang terjadi apabila semua umat Rasulullah mampu menggunakan hati nuraninya, hati terdalamnya yang telah Allah berikan cahaya-Nya?


Mudah-mudahan semua pertanyaan ini memicu kita dalam sebuah renungan panjang, semoga kita dapat memanfaatkan potensi besar yang menakjubkan ketika kita pada hakikatnya telah Allah kurniakan sebuah hati nurani, dan kemudian terbebas dari dosa dan terlepas hijab-hijabnya…



Semoga tulisan kecil ini dapat menjadi pengantar renungan berikutnya untuk dapat memahami hakikat hati atau hati manusia yang sangat cerdas ini….

NURANI "Menggilap Sekeping Cermin"

 Apa itu Hati Nurani?


Hari nurani merupakan jiwa terdalam setiap makhluk yang tidak pernah mati, kekal abadi. Badan raga kita ada saat lahir dan mati namun hati nurani tiada lahir dan mati, dia kekal abadi. Dari mana hati nurani berasal? Hati nurani setiap manusia dan makhluk hidup berasal dari satu Tuhan yang sama. Tuhan merupakan sumber asal setiap hati nurani maka kita memuliakan Tuhan sebagai Bunda sejati atas hati nurani kita. Bagaimana sifat hati nurani? Semua keperibadian luhur merupakan sifat hati nurani. Cinta kasih, permakluman, bakti, setia, tegang rasa, satria, rela berkorban dan memberi, semua ini adalah sifat hati nurani. Sedangkan semua kejahatan, keburukan, dosa, dan kegelapan bukanlah sifat hati nurani. Bagaimana menjadi seorang manusia yang berhati nurani? Jauhi dan lenyapkanlah semua sifat buruk yang merugikan diri dan orang lain. Kemudian wujudkanlah semua perilaku yang mulia dan yang membawa manfaat bagi diri dan orang lain. Apa itu pola pandang hati nurani? Pola pandang yang memandang semua manusia adalah sama dan bersaudara, tanpa membedakan suku, bangsa, agama, warna kulit, kaya-miskin, pintar-bodoh, indah-buruk dan sebagainya. Memandang semua binatang darat, laut, dan udara juga memiliki hati nurani yang sama dengan kita. Dengan pola pandang nurani seperti ini semua manusia dan makhluk hidup akan hidup berdampingan dengan damai dan harmonis, saling mengasihi dan saling menghormati.


Apa yang dimaksud dengan Hati Nurani?


Menurut Kamus Umum Bahasa kata 'hati nurani' diertikan perasaan yang dalam yakni BATIN.


Islam mengenal kata bashirah untuk menyebut hati nurani, yang bererti pandangan mata batin. Sesungguhnya, di dalam hal yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang memiliki mata hati (bashirah). (QS. Ali Imran: 13) Bashirah selalu mendorong kepada kebenaran dan kejujuran.


Pemujaan Sang Hyang Atma sebagai Batara Hyang Guru dalam agama Hindu adalah pemujaan Guru yang ada dalam diri. Suara Sang Hyang Atma itu tiada lain adalah suara hati nurani. Orang yang gelap hati nuraninya cenderung berbuat yang makin menutup sinar suci Tuhan.


Di dalam kitab Su Si agama Kong Hu Cu mengatakan, berbuat sesuai dengan Hati Nurani itulah Tao, sedangkan bimbingan untuk hidup menempuh jalan sesuai hati nurani itulah agama. Manusia yang tidak mengenal hati nuraninya maka ia tidak mengenal Tuhan.


Secara sederhana, hati nurani adalah pusat kebenaran sejati. Pada akhirnya, hati nurani adalah resolusi dari merosotnya akhlak dan moral bangsa. Hati nurani sangat penting untuk mengedepankan kembali kejujuran dalam kehidupan berbangsa dan bernegara.

"Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu”.


Muhammad Sebelum Kelahiran Manusia

Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w. 


Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa: 
“Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.

Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”

Adam berkata:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.

Allah berfirman:“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau.

Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu.

Fakta menarik:

            Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad. Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).

Kelahiran

Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Kedua matanya bercelak dengan ‘celak hidayah’ terpelihara matanya dari pandangan yang tidak diredhai Allah). Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan kaum Parsi (yg tidak pernah terpadam selama seribu tahun). Beranda2 maharaja Parsi tiba2 runtuh. Syaitan2 dihujani dgn panah2 api bintang yg panas membakar dari langit. Jin2 berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w dan bersinarnya cahaya lembut berkilauan (ketika lahirnya), sehingga bayi yang menakjubkan ini ditawarkan kepada wanita2 yang datang untuk mengambil upah menyusukannya.

Setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w malaikat bertanya kepada seluruh makhluk, “Siapakah yang ingin mengasuh ‘mutiara’ yang sangat berharga ini, yang tiada ternilai harganya?” Burung2 menjawab, “Kamilah yang akan mengasuh dan mengambil keuntungan dari cita2 yg besar.” Binatang2 liar pula berkata, “Kamilah yang lebih layak mengasuhnya agar kami memperolehi kemuliaan dan penghormatan.” Lalu dijawab malaikat, “Wahai sekelian makhluk, tenanglah kamu semua! Kerana sesungguhnya Allah telah memutuskan sejak dahulu lagi dgn kebijaksanaanNya Yang Maha Terdahulu. Bahawa NabiNya, Muhammad s.a.w ini akan diasuh dan disusui oleh Halimah (Binti Abi Dzuaib), seorang wanita yang amat penyabar. Allah telah memilih Saidatina Halimah untuk menerima kabahagiaan dan keberuntungan itu.

(Halimah binti Abi Dzuaib As Sa’diah atau Halimah As Sa’diah atau Halimatus Sa’diah adalah ibu angkat Nabi s.a.w. iaitu ibu susu kedua Baginda. Ibu kandungnya bernama Aminah Binti Wahab).

Kanak-Kanak

Ketika pandangan Saidatina Halimah tertumpu kepada Baginda s.a.w, maka segera diambil, dipangku dan didakapnya. Bayi pembawa tuah itu kelihatan tersenyum gembira bersamanya. Tiba2 dari gigi suci bayi ini terpancar cahaya yg menjulang sampai ke langit. Dengan kegembiraan (bercampur hairan) dibawanya pulang ke keluarganya. Ketika dalam peliharaannya, Saidatina Halimah melihat keberkatannya sehingga kambing2 peliharaannya menjadi sihat, gemuk, memancar deras susu2 kambingnya hingga lebih mencukupi untuk keperluannya sekeluarga. Setiap hari Saidatina Halimah melihat tanda2 luar biasa dan keberkatan bayi yang diasuhnya itu dan semakin mendalam kasihnya kepada bayi yang bernama Muhammad ini. Baginda membesar dengan sihat sejahtera sebagai kanak2 serta bergaul bersama2 saudara sesusuannya yang lain dan kanak2 lain.

Hati & Ilmu Pengetahuannya

Suatu hari ketika Nabi s.a.w sedang bermain2 bersama mereka, disuatu tempat yang jauh dari perkampungannya, tiba2 datang kepadanya 3 org lelaki yg berwajah tampan bercahaya bagai mentari dan bulan. Semua teman2 Baginda melarikan diri ketakutan. Nabi s.a.w. hanya berdiri dengan rasa hairan dan kagum melihat ketampanan mereka yang luar biasa. Ketiga2 lelaki ini (jelmaan malaikat) mendapatkan anak kecil ini dan membaringkannya ke atas tanah perlahan2. Lalu membelah perutnya dengan berhati2 tanpa ada rasa sakit sedikit pun.

Dikeluarkannya hati ’Pemimpin anak cucu Adam’ (Nabi s.a.w.) itu kemudian hati ini dibedahnya dengan penuh teliti. Lalu dibuangnya dari hati itu, suatu yang menjadi bahagian bisikan syaitan. Diisikannya dengan kesabaran, ilmu pengetahuan, keyakinan dan sifat keredhaan. Selesai pembedahan itu, mereka mengembalikan hati Baginda s.a.w. ketempat asal dalam tubuhnya. Lalu Baginda pun bangun berdiri tegak dan perutnya kembali seperti sediakala. Lalu malaikat itu berkata kepadanya, ”Wahai Kekasih Allah Yang Maha Pemurah, Seandainya engkau mengetahui tujuan baik Allah kepadamu, pasti engkau akan mengetahui ketinggian darjatmu yg mengatasi makhluk lain. Dan sudah tentu hatimu akan bertambah gembira dan bahagia. Semakin riang dan bercahaya. Wahai Muhammad s.a.w. bergembiralah! Kerana sesungguhnya ’bendera ilmu pengetahuanmu’ telah dikibarkan di seluruh alam semesta. Seluruh makhluk menyambut dengan riang gembira akan kehadiranmu. Dan tiada suatu makhluk pun yg diciptakan oleh Allah melainkan akan datang mematuhi segala permintaanmu. Mendengar penuh gembira akan sabdamu. Maka akan dtg kepadamu unta yg memohon pembelaanmu (dari kezaliman tuannya). Dhob (sejenis biawak pdg pasir) dan kijang akan bertutur fasih menyaksikan kerasulanmu. Pohon kayu bulan dan serigala tidak lama lagi juga akan bertutur fasih menyatakan kenabianmu. Kenderaanmu nanti adalah Buraq. Yang ia sentiasa rindu dan teringin untuk menatap wajahmu. Dan Jibril yang menjadi pemimpin kerajaanmu telah mengumandangkan sebutan namamu di seluruh penjuru cakra buana. Sedangkan bulan pula akan diperintahkan untuk terbelah dua, sebagai mukjizat bukti keRasulanmu”. ”Seluruh makhluk di alam semesta ini sentiasa rindu dgn kemunculanmu. Menanti kecemerlangan pancaran Nurmu”.

Maka ketika Kekasih Allah s.a.w itu diam mendengar kata2 malaikat (3 lelaki) itu sedangkan wajahnya laksana cahaya pagi, tiba2 Saidatina Halimah datang mencari2nya dgn berteriak2 (setelah diadu oleh anak2nya yang lari pulang). Ia berkata, ”Aduhai! Jauhnya anakku Muhammad”. Maka dijawab oleh malaikat itu, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau yang jauh. Bahkan engkau hampir kepada Allah. Engkau pilihanNya dan KekasihNya”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai anakku Muhammad bersendirian sahaja”. Lalu dijawab oleh malaikat, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau bersendirian, bahkan engkau adalah orang yang mempunyai kekuatan mukjizat. Penghiburmu adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan kawanmu adalah saudara2mu dari golongan malaikat dan ahli tauhid”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai! Kasihan anak yatimku ini!”. Maka dijawab oleh malaikat, Alangkah bertuahnya engkau kerana menjadi anak yatim. Kerana sesungguhnya darjatmu di sisi Allah adalah sangat besar”. (mengatasi semua makhluk).

Ketika dilihat anak yang diasuhnya itu selamat dari bahaya, maka dibawanya pulang ke rumah dengan rasa gembira. Diceritakannya kejadian luar biasa itu kepada tukang tilik (pengkaji kitab2 terdahulu). Diceritakan juga kelebihan dan keanehan anak asuhannya itu. Maka tukang tilik itu bertanya kpd Baginda, ”Wahai anak lelaki yang lahir di negeri telaga Zam-zam dan Maqam Ibrahim, Rukun Yamani dan Al-Baitul-Haram, (Wahai Anak Kota Suci Makkah). Engkau melihat peristiwa itu dalam jaga atau tidur?” Baginda s.a.w menjawab, ”Demi kemuliaan Maharaja Yang Maha Mengetahui, saya melihat dan mengalaminya dalam keadaan jaga. Saya tidak ragu2 tentang itu dan tidak akan berbuat aniaya dgn berdusta”. Lalu berkata si tukang tilik, ”Bergembiralah wahai budak! Kerana engkau adalah pembawa panji2 keNabian dan pemimpin bala tentera pemusnah kebatilan. KeNabianmu merupakan kunci dan penutup segala keNabian. Malaikat Jibril akan turun kepadamu di atas hamparan kudus dan suci, Allah Yang Maha Agung akan mengajakmu berbicara (Di Malam Isra’ dan Mi’raj). Siapalah yg mampu menghitung keutamaan yg engkau miliki sedangkan hanya untuk mengungkapkan sebahagian sahaja dari sifat2 keutamaanmu, lidah orang yg tiada henti2nya memuji dan menyanjungmu, akan menjadi lemah dan tak mampu menuturkan kata2”.

Selawat Ke Atas Nabi s.a.w

Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
“Salawat Allah subhanahu wata`ala (s.w.t) ialah pujian-Nya di sisi para malaikat”.
“Salawat malaikat ialah doa”.
“Salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad”.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. (Al-Ahzab: 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ





TERMANGGU DI SERAMBI

‘Barangsiapa mengenal diri (sejati)nya, akan mengenal Tuhannya’.
Man ‘Arafa Nafsahu, Faqad ‘Arafa Rabbahu.
Konon itu kata-kata Baginda Rasulullah SAW. (walaupun masih ada banyak perdebatan mengenai siapa sebenarnya yang mengucapkan kata-kata tersebut, tapi di kalangan pejalan rohani yang pernah mimpi bertemu dengan Baginda Rasul SAW., konon Beliau membenarkan bahawa kata-kata tersebut adalah kata-katanya).
Tapi seberapa susah sebenarnya mengenal diri itu? Sebegitukah pentingnya hal ini sehingga mampu membawa seseorang pada suatu pengenalan yang sungguh agung, sesuatu yang dicita-citakan oleh siapa sahaja yang percaya, pengenalan akan Tuhan? Bukankah yang disebut “saya” ini, ya saya, ya yang ini? Tidakkah kita semua tahu dan kenal diri kita sendiri?
Resapilah kisah berikut:

Dalam keadaan sakratul maut, seseorang tiba-tiba merasa berada di depan sebuah gerbang. 
“Tok, tok, tok,” pintu diketuk.
“Siapa di situ?” ada suara dari dalam.
Lalu dia seru saja, “Saya, Tuan.”
“Siapa kamu?”
“Ali, Tuan.”
“Apakah itu namamu?”
“Benar, Tuan.”
“Aku tidak bertanya namamu. Aku bertanya siapa kamu.”
“Eh, saya anak Kassim, Tuan.” Dengan wajahnya mulai tercengang.
“Aku tidak bertanya kamu anak siapa. Aku bertanya siapa kamu.”
“Saya seorang kerani, Tuan.”
“Aku tidak menanyakan pekerjaanmu. Aku bertanya: siapa kamu?”
Sambil masih keliru dan tercengang kerana tidak tahu menjawab apa, akhirnya dengan teragak-agak menjawab.
“Saya seorang Muslim, pengikut Rasulullah SAW.”
“Aku tidak menanyakan agamamu. Aku bertanya siapa kamu.”
“Saya ini manusia, Tuan. Saya setiap Jumaat pergi berjemaah ke masjid dan saya pernah beri sedekah. Setiap lebaran, saya juga puasa dan bayar zakat.”
“Aku tidak menanyakan jenismu, atau perbuatanmu. Aku bertanya siapa kamu.”
Akhirnya orang ini pergi dan memalingkan keluar mukanya, dengan wajah yang masih keliru serta bingung.
Dia gagal di pintu pertama, terhalang oleh sebuah pertanyaan yang sungguh sederhana: siapa dirinya yang sebenarnya.
Bukan mudah…jadi! Cuba fikirkan, kita tidak faham siapa kita, maka kita punya tradisi besar bertautkan sesuatu terhadap diri kita: nama, profesion, gelaran, jenis kelamin, warna kulit dan rambut, gambar wajah (seperti yang di Mykad). Kita melabel diri kita dengan sesuatu, kita pun selesa dengan label itu, lalu merasa bahawa label itulah diri kita. Fikirlah kembali: apakah ‘aku’ sama dengan ‘tubuhku’?
Ahhh, Ali, itu cuma permainan kata!
Mungkin saja. Tapi perhatikanlah kalimat orang-orang agung itu:
"Barang siapa mengenal dirinya, akan mengenal Tuhannya"

USUL MA'RIFAT

Bermulanya usul ma'rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.


Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :

"Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi -

Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

 2. Sembahyang orang Mutawasit -

Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.


3. Sembahyang orang Mumtahi -

Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.

Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan kehendak-nya melainkan Allah."

La' maujud bila' hakikat ilallah : "Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' haiyyun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' 'alimun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' qadirun bila' hakikat ialallah : "Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' iradatun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' sami'un bila' hakikat ilallah : "Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' basirun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

Wa la' mutakallimun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.

Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a. :

"Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :

Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir.
Qiamlah kamu seperti Rasulullah SAW qiam.
Ruku'lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku'.
Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud.
Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat.
Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam."

Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata pepatah "Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai jua".

Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.

Mana yang dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi.

Seperti sabda Rasulullah SAW :

"Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi"

Ertinya :

"Menyehaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan."

Dan satu lagi Hadis mengatakan :

"An niatu bilqalbi bila' sautin wala' harfin"

Ertinya :

"Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf."

Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala mengata "Allahu Akbar" : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan dia niat 'arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas mereka baru menuntut ilmu.

Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

1 - Qasad : Menyatakan pada "usalli fardhu" menandakan ada waktu
pada hamba yang taat.

2 - Ta'rad : Menyatakan pada "arba'a raka'at" menandakan ada rukun,
yakni bersedia hamba untuk menunaikan.

3 - Ta'yin : menyatakan pada "Lillah Ta'ala" menandakan suruhan Allah
yakni menghadapi kiblat hati.

Maka sesudah nyata Qasad, Ta'rad, Ta'yin bererti telah nyatalah kiblat dada kepada Baitullah. Kiblat hati kepada nyawa zat memandang zat. Sifat memandang sifat. Baharulah kita mengatakan "Allahu Akbar".

Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta'ala semata-mata.
Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam al-Gahazali r.a. katanya, "Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta'ala, Allahu Akbar."

1. Usalli - maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala
hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan
kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

2. Rakaat - menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu
di dalam halNya dan hapuskanlah fe'el mu di dalam kelakuanNya
baharulah sah amalannya.

3. Lillahi ta'ala - Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana'lah sir
iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah
nyata ada kiblat bagi kamu.

4. Allahu Akbar - menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta'ala kerananya Allah Ta'ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu'minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia' dan Aulia' serta Malaikat dengan katanya, "Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!".

5. Fardhu - sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak. Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.

Jalan sudah ada. Kepada saudara/i maka sayugialah mencari maksud pengajaran ini. Dan bertanyalah kepada mana-mana golongan Guru Mursyid yang hakikat lagi ma'rifat.

InsyaAllah!

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

- Ali Cermin