Muhammad Sebelum Kelahiran Manusia
Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w.
Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa:
“Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.
Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa:
“Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.
Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”
Adam berkata:
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.
“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.
Allah berfirman:
“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau.
Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu”.
Fakta menarik:
Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad. Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).
Kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Kedua matanya bercelak dengan ‘celak hidayah’ terpelihara matanya dari pandangan yang tidak diredhai Allah). Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan kaum Parsi (yg tidak pernah terpadam selama seribu tahun). Beranda2 maharaja Parsi tiba2 runtuh. Syaitan2 dihujani dgn panah2 api bintang yg panas membakar dari langit. Jin2 berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w dan bersinarnya cahaya lembut berkilauan (ketika lahirnya), sehingga bayi yang menakjubkan ini ditawarkan kepada wanita2 yang datang untuk mengambil upah menyusukannya.
Setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w malaikat bertanya kepada seluruh makhluk, “Siapakah yang ingin mengasuh ‘mutiara’ yang sangat berharga ini, yang tiada ternilai harganya?” Burung2 menjawab, “Kamilah yang akan mengasuh dan mengambil keuntungan dari cita2 yg besar.” Binatang2 liar pula berkata, “Kamilah yang lebih layak mengasuhnya agar kami memperolehi kemuliaan dan penghormatan.” Lalu dijawab malaikat, “Wahai sekelian makhluk, tenanglah kamu semua! Kerana sesungguhnya Allah telah memutuskan sejak dahulu lagi dgn kebijaksanaanNya Yang Maha Terdahulu. Bahawa NabiNya, Muhammad s.a.w ini akan diasuh dan disusui oleh Halimah (Binti Abi Dzuaib), seorang wanita yang amat penyabar. Allah telah memilih Saidatina Halimah untuk menerima kabahagiaan dan keberuntungan itu.
(Halimah binti Abi Dzuaib As Sa’diah atau Halimah As Sa’diah atau Halimatus Sa’diah adalah ibu angkat Nabi s.a.w. iaitu ibu susu kedua Baginda. Ibu kandungnya bernama Aminah Binti Wahab).
Kanak-Kanak
Ketika pandangan Saidatina Halimah tertumpu kepada Baginda s.a.w, maka segera diambil, dipangku dan didakapnya. Bayi pembawa tuah itu kelihatan tersenyum gembira bersamanya. Tiba2 dari gigi suci bayi ini terpancar cahaya yg menjulang sampai ke langit. Dengan kegembiraan (bercampur hairan) dibawanya pulang ke keluarganya. Ketika dalam peliharaannya, Saidatina Halimah melihat keberkatannya sehingga kambing2 peliharaannya menjadi sihat, gemuk, memancar deras susu2 kambingnya hingga lebih mencukupi untuk keperluannya sekeluarga. Setiap hari Saidatina Halimah melihat tanda2 luar biasa dan keberkatan bayi yang diasuhnya itu dan semakin mendalam kasihnya kepada bayi yang bernama Muhammad ini. Baginda membesar dengan sihat sejahtera sebagai kanak2 serta bergaul bersama2 saudara sesusuannya yang lain dan kanak2 lain.
Hati & Ilmu Pengetahuannya
Suatu hari ketika Nabi s.a.w sedang bermain2 bersama mereka, disuatu tempat yang jauh dari perkampungannya, tiba2 datang kepadanya 3 org lelaki yg berwajah tampan bercahaya bagai mentari dan bulan. Semua teman2 Baginda melarikan diri ketakutan. Nabi s.a.w. hanya berdiri dengan rasa hairan dan kagum melihat ketampanan mereka yang luar biasa. Ketiga2 lelaki ini (jelmaan malaikat) mendapatkan anak kecil ini dan membaringkannya ke atas tanah perlahan2. Lalu membelah perutnya dengan berhati2 tanpa ada rasa sakit sedikit pun.
Dikeluarkannya hati ’Pemimpin anak cucu Adam’ (Nabi s.a.w.) itu kemudian hati ini dibedahnya dengan penuh teliti. Lalu dibuangnya dari hati itu, suatu yang menjadi bahagian bisikan syaitan. Diisikannya dengan kesabaran, ilmu pengetahuan, keyakinan dan sifat keredhaan. Selesai pembedahan itu, mereka mengembalikan hati Baginda s.a.w. ketempat asal dalam tubuhnya. Lalu Baginda pun bangun berdiri tegak dan perutnya kembali seperti sediakala. Lalu malaikat itu berkata kepadanya, ”Wahai Kekasih Allah Yang Maha Pemurah, Seandainya engkau mengetahui tujuan baik Allah kepadamu, pasti engkau akan mengetahui ketinggian darjatmu yg mengatasi makhluk lain. Dan sudah tentu hatimu akan bertambah gembira dan bahagia. Semakin riang dan bercahaya. Wahai Muhammad s.a.w. bergembiralah! Kerana sesungguhnya ’bendera ilmu pengetahuanmu’ telah dikibarkan di seluruh alam semesta. Seluruh makhluk menyambut dengan riang gembira akan kehadiranmu. Dan tiada suatu makhluk pun yg diciptakan oleh Allah melainkan akan datang mematuhi segala permintaanmu. Mendengar penuh gembira akan sabdamu. Maka akan dtg kepadamu unta yg memohon pembelaanmu (dari kezaliman tuannya). Dhob (sejenis biawak pdg pasir) dan kijang akan bertutur fasih menyaksikan kerasulanmu. Pohon kayu bulan dan serigala tidak lama lagi juga akan bertutur fasih menyatakan kenabianmu. Kenderaanmu nanti adalah Buraq. Yang ia sentiasa rindu dan teringin untuk menatap wajahmu. Dan Jibril yang menjadi pemimpin kerajaanmu telah mengumandangkan sebutan namamu di seluruh penjuru cakra buana. Sedangkan bulan pula akan diperintahkan untuk terbelah dua, sebagai mukjizat bukti keRasulanmu”. ”Seluruh makhluk di alam semesta ini sentiasa rindu dgn kemunculanmu. Menanti kecemerlangan pancaran Nurmu”.
Maka ketika Kekasih Allah s.a.w itu diam mendengar kata2 malaikat (3 lelaki) itu sedangkan wajahnya laksana cahaya pagi, tiba2 Saidatina Halimah datang mencari2nya dgn berteriak2 (setelah diadu oleh anak2nya yang lari pulang). Ia berkata, ”Aduhai! Jauhnya anakku Muhammad”. Maka dijawab oleh malaikat itu, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau yang jauh. Bahkan engkau hampir kepada Allah. Engkau pilihanNya dan KekasihNya”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai anakku Muhammad bersendirian sahaja”. Lalu dijawab oleh malaikat, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau bersendirian, bahkan engkau adalah orang yang mempunyai kekuatan mukjizat. Penghiburmu adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan kawanmu adalah saudara2mu dari golongan malaikat dan ahli tauhid”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai! Kasihan anak yatimku ini!”. Maka dijawab oleh malaikat, Alangkah bertuahnya engkau kerana menjadi anak yatim. Kerana sesungguhnya darjatmu di sisi Allah adalah sangat besar”. (mengatasi semua makhluk).
Ketika dilihat anak yang diasuhnya itu selamat dari bahaya, maka dibawanya pulang ke rumah dengan rasa gembira. Diceritakannya kejadian luar biasa itu kepada tukang tilik (pengkaji kitab2 terdahulu). Diceritakan juga kelebihan dan keanehan anak asuhannya itu. Maka tukang tilik itu bertanya kpd Baginda, ”Wahai anak lelaki yang lahir di negeri telaga Zam-zam dan Maqam Ibrahim, Rukun Yamani dan Al-Baitul-Haram, (Wahai Anak Kota Suci Makkah). Engkau melihat peristiwa itu dalam jaga atau tidur?” Baginda s.a.w menjawab, ”Demi kemuliaan Maharaja Yang Maha Mengetahui, saya melihat dan mengalaminya dalam keadaan jaga. Saya tidak ragu2 tentang itu dan tidak akan berbuat aniaya dgn berdusta”. Lalu berkata si tukang tilik, ”Bergembiralah wahai budak! Kerana engkau adalah pembawa panji2 keNabian dan pemimpin bala tentera pemusnah kebatilan. KeNabianmu merupakan kunci dan penutup segala keNabian. Malaikat Jibril akan turun kepadamu di atas hamparan kudus dan suci, Allah Yang Maha Agung akan mengajakmu berbicara (Di Malam Isra’ dan Mi’raj). Siapalah yg mampu menghitung keutamaan yg engkau miliki sedangkan hanya untuk mengungkapkan sebahagian sahaja dari sifat2 keutamaanmu, lidah orang yg tiada henti2nya memuji dan menyanjungmu, akan menjadi lemah dan tak mampu menuturkan kata2”.
Selawat Ke Atas Nabi s.a.w
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
“Salawat Allah subhanahu wata`ala (s.w.t) ialah pujian-Nya di sisi para malaikat”.
“Salawat malaikat ialah doa”.
“Salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad”.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. (Al-Ahzab: 56)
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ