"Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu”.


Muhammad Sebelum Kelahiran Manusia

Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w. 


Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa: 
“Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.

Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”

Adam berkata:

“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.

Allah berfirman:“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau.

Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu.

Fakta menarik:

            Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad. Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).

Kelahiran

Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Kedua matanya bercelak dengan ‘celak hidayah’ terpelihara matanya dari pandangan yang tidak diredhai Allah). Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan kaum Parsi (yg tidak pernah terpadam selama seribu tahun). Beranda2 maharaja Parsi tiba2 runtuh. Syaitan2 dihujani dgn panah2 api bintang yg panas membakar dari langit. Jin2 berundur dengan hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w dan bersinarnya cahaya lembut berkilauan (ketika lahirnya), sehingga bayi yang menakjubkan ini ditawarkan kepada wanita2 yang datang untuk mengambil upah menyusukannya.

Setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w malaikat bertanya kepada seluruh makhluk, “Siapakah yang ingin mengasuh ‘mutiara’ yang sangat berharga ini, yang tiada ternilai harganya?” Burung2 menjawab, “Kamilah yang akan mengasuh dan mengambil keuntungan dari cita2 yg besar.” Binatang2 liar pula berkata, “Kamilah yang lebih layak mengasuhnya agar kami memperolehi kemuliaan dan penghormatan.” Lalu dijawab malaikat, “Wahai sekelian makhluk, tenanglah kamu semua! Kerana sesungguhnya Allah telah memutuskan sejak dahulu lagi dgn kebijaksanaanNya Yang Maha Terdahulu. Bahawa NabiNya, Muhammad s.a.w ini akan diasuh dan disusui oleh Halimah (Binti Abi Dzuaib), seorang wanita yang amat penyabar. Allah telah memilih Saidatina Halimah untuk menerima kabahagiaan dan keberuntungan itu.

(Halimah binti Abi Dzuaib As Sa’diah atau Halimah As Sa’diah atau Halimatus Sa’diah adalah ibu angkat Nabi s.a.w. iaitu ibu susu kedua Baginda. Ibu kandungnya bernama Aminah Binti Wahab).

Kanak-Kanak

Ketika pandangan Saidatina Halimah tertumpu kepada Baginda s.a.w, maka segera diambil, dipangku dan didakapnya. Bayi pembawa tuah itu kelihatan tersenyum gembira bersamanya. Tiba2 dari gigi suci bayi ini terpancar cahaya yg menjulang sampai ke langit. Dengan kegembiraan (bercampur hairan) dibawanya pulang ke keluarganya. Ketika dalam peliharaannya, Saidatina Halimah melihat keberkatannya sehingga kambing2 peliharaannya menjadi sihat, gemuk, memancar deras susu2 kambingnya hingga lebih mencukupi untuk keperluannya sekeluarga. Setiap hari Saidatina Halimah melihat tanda2 luar biasa dan keberkatan bayi yang diasuhnya itu dan semakin mendalam kasihnya kepada bayi yang bernama Muhammad ini. Baginda membesar dengan sihat sejahtera sebagai kanak2 serta bergaul bersama2 saudara sesusuannya yang lain dan kanak2 lain.

Hati & Ilmu Pengetahuannya

Suatu hari ketika Nabi s.a.w sedang bermain2 bersama mereka, disuatu tempat yang jauh dari perkampungannya, tiba2 datang kepadanya 3 org lelaki yg berwajah tampan bercahaya bagai mentari dan bulan. Semua teman2 Baginda melarikan diri ketakutan. Nabi s.a.w. hanya berdiri dengan rasa hairan dan kagum melihat ketampanan mereka yang luar biasa. Ketiga2 lelaki ini (jelmaan malaikat) mendapatkan anak kecil ini dan membaringkannya ke atas tanah perlahan2. Lalu membelah perutnya dengan berhati2 tanpa ada rasa sakit sedikit pun.

Dikeluarkannya hati ’Pemimpin anak cucu Adam’ (Nabi s.a.w.) itu kemudian hati ini dibedahnya dengan penuh teliti. Lalu dibuangnya dari hati itu, suatu yang menjadi bahagian bisikan syaitan. Diisikannya dengan kesabaran, ilmu pengetahuan, keyakinan dan sifat keredhaan. Selesai pembedahan itu, mereka mengembalikan hati Baginda s.a.w. ketempat asal dalam tubuhnya. Lalu Baginda pun bangun berdiri tegak dan perutnya kembali seperti sediakala. Lalu malaikat itu berkata kepadanya, ”Wahai Kekasih Allah Yang Maha Pemurah, Seandainya engkau mengetahui tujuan baik Allah kepadamu, pasti engkau akan mengetahui ketinggian darjatmu yg mengatasi makhluk lain. Dan sudah tentu hatimu akan bertambah gembira dan bahagia. Semakin riang dan bercahaya. Wahai Muhammad s.a.w. bergembiralah! Kerana sesungguhnya ’bendera ilmu pengetahuanmu’ telah dikibarkan di seluruh alam semesta. Seluruh makhluk menyambut dengan riang gembira akan kehadiranmu. Dan tiada suatu makhluk pun yg diciptakan oleh Allah melainkan akan datang mematuhi segala permintaanmu. Mendengar penuh gembira akan sabdamu. Maka akan dtg kepadamu unta yg memohon pembelaanmu (dari kezaliman tuannya). Dhob (sejenis biawak pdg pasir) dan kijang akan bertutur fasih menyaksikan kerasulanmu. Pohon kayu bulan dan serigala tidak lama lagi juga akan bertutur fasih menyatakan kenabianmu. Kenderaanmu nanti adalah Buraq. Yang ia sentiasa rindu dan teringin untuk menatap wajahmu. Dan Jibril yang menjadi pemimpin kerajaanmu telah mengumandangkan sebutan namamu di seluruh penjuru cakra buana. Sedangkan bulan pula akan diperintahkan untuk terbelah dua, sebagai mukjizat bukti keRasulanmu”. ”Seluruh makhluk di alam semesta ini sentiasa rindu dgn kemunculanmu. Menanti kecemerlangan pancaran Nurmu”.

Maka ketika Kekasih Allah s.a.w itu diam mendengar kata2 malaikat (3 lelaki) itu sedangkan wajahnya laksana cahaya pagi, tiba2 Saidatina Halimah datang mencari2nya dgn berteriak2 (setelah diadu oleh anak2nya yang lari pulang). Ia berkata, ”Aduhai! Jauhnya anakku Muhammad”. Maka dijawab oleh malaikat itu, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau yang jauh. Bahkan engkau hampir kepada Allah. Engkau pilihanNya dan KekasihNya”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai anakku Muhammad bersendirian sahaja”. Lalu dijawab oleh malaikat, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau bersendirian, bahkan engkau adalah orang yang mempunyai kekuatan mukjizat. Penghiburmu adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan kawanmu adalah saudara2mu dari golongan malaikat dan ahli tauhid”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai! Kasihan anak yatimku ini!”. Maka dijawab oleh malaikat, Alangkah bertuahnya engkau kerana menjadi anak yatim. Kerana sesungguhnya darjatmu di sisi Allah adalah sangat besar”. (mengatasi semua makhluk).

Ketika dilihat anak yang diasuhnya itu selamat dari bahaya, maka dibawanya pulang ke rumah dengan rasa gembira. Diceritakannya kejadian luar biasa itu kepada tukang tilik (pengkaji kitab2 terdahulu). Diceritakan juga kelebihan dan keanehan anak asuhannya itu. Maka tukang tilik itu bertanya kpd Baginda, ”Wahai anak lelaki yang lahir di negeri telaga Zam-zam dan Maqam Ibrahim, Rukun Yamani dan Al-Baitul-Haram, (Wahai Anak Kota Suci Makkah). Engkau melihat peristiwa itu dalam jaga atau tidur?” Baginda s.a.w menjawab, ”Demi kemuliaan Maharaja Yang Maha Mengetahui, saya melihat dan mengalaminya dalam keadaan jaga. Saya tidak ragu2 tentang itu dan tidak akan berbuat aniaya dgn berdusta”. Lalu berkata si tukang tilik, ”Bergembiralah wahai budak! Kerana engkau adalah pembawa panji2 keNabian dan pemimpin bala tentera pemusnah kebatilan. KeNabianmu merupakan kunci dan penutup segala keNabian. Malaikat Jibril akan turun kepadamu di atas hamparan kudus dan suci, Allah Yang Maha Agung akan mengajakmu berbicara (Di Malam Isra’ dan Mi’raj). Siapalah yg mampu menghitung keutamaan yg engkau miliki sedangkan hanya untuk mengungkapkan sebahagian sahaja dari sifat2 keutamaanmu, lidah orang yg tiada henti2nya memuji dan menyanjungmu, akan menjadi lemah dan tak mampu menuturkan kata2”.

Selawat Ke Atas Nabi s.a.w

Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
“Salawat Allah subhanahu wata`ala (s.w.t) ialah pujian-Nya di sisi para malaikat”.
“Salawat malaikat ialah doa”.
“Salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad”.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. (Al-Ahzab: 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ





TERMANGGU DI SERAMBI

‘Barangsiapa mengenal diri (sejati)nya, akan mengenal Tuhannya’.
Man ‘Arafa Nafsahu, Faqad ‘Arafa Rabbahu.
Konon itu kata-kata Baginda Rasulullah SAW. (walaupun masih ada banyak perdebatan mengenai siapa sebenarnya yang mengucapkan kata-kata tersebut, tapi di kalangan pejalan rohani yang pernah mimpi bertemu dengan Baginda Rasul SAW., konon Beliau membenarkan bahawa kata-kata tersebut adalah kata-katanya).
Tapi seberapa susah sebenarnya mengenal diri itu? Sebegitukah pentingnya hal ini sehingga mampu membawa seseorang pada suatu pengenalan yang sungguh agung, sesuatu yang dicita-citakan oleh siapa sahaja yang percaya, pengenalan akan Tuhan? Bukankah yang disebut “saya” ini, ya saya, ya yang ini? Tidakkah kita semua tahu dan kenal diri kita sendiri?
Resapilah kisah berikut:

Dalam keadaan sakratul maut, seseorang tiba-tiba merasa berada di depan sebuah gerbang. 
“Tok, tok, tok,” pintu diketuk.
“Siapa di situ?” ada suara dari dalam.
Lalu dia seru saja, “Saya, Tuan.”
“Siapa kamu?”
“Ali, Tuan.”
“Apakah itu namamu?”
“Benar, Tuan.”
“Aku tidak bertanya namamu. Aku bertanya siapa kamu.”
“Eh, saya anak Kassim, Tuan.” Dengan wajahnya mulai tercengang.
“Aku tidak bertanya kamu anak siapa. Aku bertanya siapa kamu.”
“Saya seorang kerani, Tuan.”
“Aku tidak menanyakan pekerjaanmu. Aku bertanya: siapa kamu?”
Sambil masih keliru dan tercengang kerana tidak tahu menjawab apa, akhirnya dengan teragak-agak menjawab.
“Saya seorang Muslim, pengikut Rasulullah SAW.”
“Aku tidak menanyakan agamamu. Aku bertanya siapa kamu.”
“Saya ini manusia, Tuan. Saya setiap Jumaat pergi berjemaah ke masjid dan saya pernah beri sedekah. Setiap lebaran, saya juga puasa dan bayar zakat.”
“Aku tidak menanyakan jenismu, atau perbuatanmu. Aku bertanya siapa kamu.”
Akhirnya orang ini pergi dan memalingkan keluar mukanya, dengan wajah yang masih keliru serta bingung.
Dia gagal di pintu pertama, terhalang oleh sebuah pertanyaan yang sungguh sederhana: siapa dirinya yang sebenarnya.
Bukan mudah…jadi! Cuba fikirkan, kita tidak faham siapa kita, maka kita punya tradisi besar bertautkan sesuatu terhadap diri kita: nama, profesion, gelaran, jenis kelamin, warna kulit dan rambut, gambar wajah (seperti yang di Mykad). Kita melabel diri kita dengan sesuatu, kita pun selesa dengan label itu, lalu merasa bahawa label itulah diri kita. Fikirlah kembali: apakah ‘aku’ sama dengan ‘tubuhku’?
Ahhh, Ali, itu cuma permainan kata!
Mungkin saja. Tapi perhatikanlah kalimat orang-orang agung itu:
"Barang siapa mengenal dirinya, akan mengenal Tuhannya"

USUL MA'RIFAT

Bermulanya usul ma'rifat ini ialah untuk mentakrifkan hal keadaan kita di dalam masa kita beramal. Sesudah kita faham di atas segala- gala rukun dan jalan-jalan di dalam hal keadaan agama Islam, barulah kita memulakan segala amalan.


Seperti sabda Rasulullah SAW, ertinya :

"Bermula sembahyang (solat) itu ada tiga bahagian :

1. Sembahyang orang-orang Mubtadi -

Yakni semata-mata ia untuk menutupkan fitnah dunia. Dan sekadar mengetahui akan segala rukun-rukun dan waktu serta berpakaian bersih dan mengetahui wajib dan sunat semata-mata ia untuk mendapat pahala. Maka amalan ini syirik semata-mata.

 2. Sembahyang orang Mutawasit -

Menyempurnakan perintah Allah semata-mata hatinya berhadapkan Allah. Tiada ia mengira dosa dan pahala. Semata-mata ia berserah kepada Allah. Maka di atas amalan ini adalah lebih baik daripada yang pertama itu, tidaklah ia terkena syirik.


3. Sembahyang orang Mumtahi -

Tiada ia sembahyang dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, kerana ditilik pada dirinya adalah golongan dhoif, fakir, hina dan lemah.

Semata-mata pandangan di dalam sembahyang itu tiada dengan kehendak-nya melainkan Allah."

La' maujud bila' hakikat ilallah : "Tiada maujud bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' haiyyun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang hidup bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' 'alimun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang mengetahui bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' qadirun bila' hakikat ialallah : "Tiada yang berkuasa bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' iradatun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang berkehendak bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' sami'un bila' hakikat ilallah : "Tiada yang mendengar bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

La' basirun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang melihat bagi hakikat ku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah".

Wa la' mutakallimun bila' hakikat ilallah : "Tiada yang berkata-kata bagi hakikatku dengan sebenar-benarnya melainkan Allah.

Maka inilah yang sebenar-benarnya sembahyang seperti sabda Abu Hurairah r.a. :

"Sembahyanglah kamu seperti Rasulullah SAW sembahyang katanya :

Takbirlah kamu seperti Rasulullah SAW takbir.
Qiamlah kamu seperti Rasulullah SAW qiam.
Ruku'lah kamu seperti Rasulullah SAW ruku'.
Sujudlah kamu seperti Rasulullah SAW sujud.
Tahiyyatlah kamu seperti Rasulullah SAW tahiyyat.
Salamlah kamu seperti Rasulullah SAW salam."

Begitulah seterusnya di dalam amalan. Janganlah sekali-kali kita buat tanpa mempelajari, nanti sia-sia sahaja amalan kita itu. Bak kata pepatah "Kalau berdayung biarlah di air. Lambat laun kita akan sampai jua".

Maka sesudah kita ketahui akan segala rukunnya, maka wajiblah kita mengetahui akan segala bermula niat terlebih dahulu. Sebabnya niat itu bukannya mudah untuk kita memahaminya. Kerana yang dikatakan niat itu ialah tiada berhuruf, tiada berupa dan tiada bersuara.

Mana yang dinamakan niat, jikalau ada huruf boleh dibaca. Jikalau ada suara boleh didengar. Jikalau ada rupa boleh dipandang. Jikalau dapat nyata ia di atas huruf, rupa dan ada suara, maka ini bukannya niat lagi.

Seperti sabda Rasulullah SAW :

"Qasdu syai-in muktarinan bi fiklihi"

Ertinya :

"Menyehaja sesuatu hal keadaan dipersertakan dengan perbuatan."

Dan satu lagi Hadis mengatakan :

"An niatu bilqalbi bila' sautin wala' harfin"

Ertinya :

"Bahawasanya niat itu di dalam hati, tiada suara dan tiada berhuruf."

Jikalau niat itu kita kata di dalam hati, umpamanya tatkala mengata "Allahu Akbar" : Aku sembahyang fardhu Zohor atau fardhu Asar umpamanya di dalam huruf yang lapan itu. Maka ini dinamakan dia niat 'arfiah. Inilah niat bagi kedudukan orang-orang awam yakni di atas mereka baru menuntut ilmu.

Adapun yang dikatakan niat itu terbahagi ia kepada tiga :

1 - Qasad : Menyatakan pada "usalli fardhu" menandakan ada waktu
pada hamba yang taat.

2 - Ta'rad : Menyatakan pada "arba'a raka'at" menandakan ada rukun,
yakni bersedia hamba untuk menunaikan.

3 - Ta'yin : menyatakan pada "Lillah Ta'ala" menandakan suruhan Allah
yakni menghadapi kiblat hati.

Maka sesudah nyata Qasad, Ta'rad, Ta'yin bererti telah nyatalah kiblat dada kepada Baitullah. Kiblat hati kepada nyawa zat memandang zat. Sifat memandang sifat. Baharulah kita mengatakan "Allahu Akbar".

Serta hadir mata hati musyahadah kepada Zat Allah Ta'ala semata-mata.
Maka inilah dinamakan niat. Seperti yang dinyatakan di dalam Hadis Imam al-Gahazali r.a. katanya, "Adapun kedudukan usalli, fardhu, rakaat, lillah ta'ala, Allahu Akbar."

1. Usalli - maksudnya amanah Tuhan terhadap hamba, maka tatkala
hambaNya telah menerima syariatNya, maka wajiblah kembalikan
kepadaNya dengan keadaan yang sempurna.

2. Rakaat - menyatakan hal kelakuanNya. Maka hilangkanlah kehendakmu
di dalam halNya dan hapuskanlah fe'el mu di dalam kelakuanNya
baharulah sah amalannya.

3. Lillahi ta'ala - Menyatakan sirNya (rahsia). Maka fana'lah sir
iktikad cinta rasa dan berahi mu di dalam sir Allah. Baharulah
nyata ada kiblat bagi kamu.

4. Allahu Akbar - menyatakan kaya Tuhan terhadap hamba. Kerana hamba sampai kepada seruan Allah Ta'ala kerananya Allah Ta'ala esa, Muhammad yatim, hamba dhoif. Tiap-tiap yang datang mesti akan kembali. Maka kembali sekalian hamba-hamba itu di dalam seruan Allahu Akbar. Maka bergemalah suara-suara hambamu yang taat itu mengatakan dan memuji akan nama Allahu Akbar dan terlintaslah suara mu'minnya terus tujuh petala langit dan terus tujuh petala bumi. Maka bersahut-sahut akan roh-roh Anbia' dan Aulia' serta Malaikat dengan katanya, "Sejahteralah umat-umat mu ya Muhammad!".

5. Fardhu - sah dan nyata. Bersifat di atasnya hamba. Maka tiap-tiap yang bersifat hamba mestilah ada yang empunya hak. Maka kembalilah sifat-sifat mu kepada yang berhak. Cara-cara hendak kembalikan kepada yang berhak, itulah sebabnya diwajibkan kepada fardhu. Tiap-tiap perbuatan ataupun amalan adalah dengan fardhu. Tanpa dengan niat fardhu perbuatan itu sia-sia sahaja. Maka tidak berertilah kamu beramal. Kerana fardhu itu berpandukan kepada sifat Wahdaniah. Umpamanya kita mesti ketahui mana dia yang dikatakan fardhu sebelum fardhu dan mana yang dinamai fardhu di dalam fardhu dan di mana terletaknya fardhu di akhir fardhu. Oleh itu kita seharusnya mencari kesimpulan ini jika kita mahu sempurnakan amalan kita.

Jalan sudah ada. Kepada saudara/i maka sayugialah mencari maksud pengajaran ini. Dan bertanyalah kepada mana-mana golongan Guru Mursyid yang hakikat lagi ma'rifat.

InsyaAllah!

Wallahu ta'ala a'lam.......

Wassalamu.......

- Ali Cermin

RAHSIA MEMBUKAKAN KESEMPITAN PINTU REZEKI

(KHAS UNTUK AHLI-AHLI YANG BARU MEMULAKAN BIDANG PERNIAGAAN)


Yakinlah bahwa apa yang kita keluarkan itu akan mendapat ganti dari Allah S.W.T., seperti yang dijelaskan Allah dalam surat 2/261, yang berbunyi : Matsalul lazhiina yunfiquuna amwaalahum fii sabiilillahi kamatsali habbatin ambatat sab’a sanaabila fii kulli sumbulatin miatu habbah, wallaahu yudhaa’ifu liman yasyaa’, wallaahu waasiu’un ‘aliim. Ertinya :”Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya untuk jalan Allah adalah bagaikan orang yang menanam satu biji akan menumbuhkan tujuh ranting dan setiap ranting menghasilkan seratus biji. Allah melipat gandakan balasannya kepada siapa yang dia kehendaki, Allah maha luas lagi Maha Mengetahui. Orang yang ikhlas dalam berinfaq maka Allah akan membalasnya 700x lipat bahkan lebih dari itu.

MUKADIMAH

Ramai umat islam terkeliru dengan anggapan yang terlalu mudah dengan meyakini bahawa sesuatu perniagaan jika betul cara dan kaedah penyampaian mesej kepada pelanggan pasti akan dapat menempa kejayaan dengan segera. Kita terlupa bahawa setiap sesuatu kejadian yang diciptakan Allah sebenarnya tersimpan rahsia besar disebaliknya jika kita tahu. Rahsia-rahsia ini selalunya hanya akan beredar di kalangan mereka yang arif lagi mengamalkan segala pengetahuan yang terkandung di dalam firman dan sunnatullah itu.

Tiada sesuatu apa pun yang diciptakan Allah pasti tersimpan hikmah kelebihan yang patut dituntut dan diketahui oleh seluruh manusia kerana di dalam kejadian itu tersembunyi kebesaranNya bagaikan perkara yang semula jadi adanya, walhal rahsianya itu turut diciptakan untuk melengkapkan kejadian yang sengaja diciptakan oleh Allah SWT..

Berbagai bagai teori melalui motivasi dan seminar diadakan diseluruh negara oleh badan-badan swasta dan kerajaan untuk meningkatkan hasil dan kualiti pengeluaran atau pun nilai jualan bulanan dengan mensasarkan konsep dan objektif lahiriah terkini dari tokoh-tokoh usahawan berjaya sebagai dalil menempa kejayaan yang diinginkan.

ILMU HIKMAH SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL BANYAK DITINGGALKAN.

Sebenarnya kita terlupa ruang hikmah yang terkandung di sebalik usaha nyata yang dilaksanakan. Kita terlupa dengan kuasa dan rahsia Allah di dalam setiap satu kejadian yang sering mengundang kegagalan dalam urusniaga walaupun segala usaha memperbaiki sistem maklumat terkini telah disempurnakan. Kita lupakan suatu pengetahuan atau mungkin kita kurang mengambil berat dengan satu maksud dan pengajaran sepotong ayat al quran yang bermaksud bismillah, "Perumpamaan orang orang yang menafaqahkan harta (wang ringgit dll) mereka ke jalan Allah, yakni jalan yang baik lagi diredhai, adalah sama seperti sebiji benih yang ditanam lalu tumbuh ia mengeluarkan tunas dan menghasilkan tujuh tangkai atau dahan pokok. Pada setiap tangkainya pula dengan pasti ia akan mengeluarkan 100 biji benih yang sama seperti yang ditanam semula, bermula Allah akan melipat gandakan kepada mereka yang dikehendakinya pula, bermula Allah itu maha luas pemberiannya dan maha mengetahui."

SEDEKAH AKAN MELIPAT GANDAKAN  KEUNTUNGAN.

Dari maksud ayat itu tadi dengan jelas Allah berfirman bahawa barang sesiapa yang bersedekah satu ringgit ke jalan Allah contohnya seperti bersedekah kepada anak anak yatim, faqir miskin, ibnu sabil atau asnaf yang lapan itu, maka satu ringgit yang disedekahkan kepada mereka akan melahirkan 7 gelombang wang satu ringgit, dari setiap satu gelombang wang satu ringgit pula akan melahirkan 100 gelombang wang satu ringgit yang menjadikan jumlah pulangan bersih sebanyak 100 x 7 = 700 ringgit. Bukan itu sahaja, sambungan ayat itu tadi, bismillah," Wallahu yudhaa'ifu liman yasyaa'..ilakh.." ertinya " dan bermula Allah swt itu akan melipat gandakan pula, (bukan sahaja dari jumlah yang termaktub itu bahkan berlipat lipat kali ganda dengan lebih banyak lagi) kepada orang orang yang Dia kehendakki...sehingga akhir ayat. Ayat ini adalah satu penemuan baru di dalam dunia hikmah yang maha luas lingkungannya. Saya telah berkomunikasi dengan khadam ayat ini selama hampir lima atau lapan minit, dimana khadam ayat ini sempat memberitahu kepada saya kelebihan kelebihan yang tersembunyi di dalamnya. Adapun kaedahnya pertemuannya amatlah sukar, sehingga saya sendiri hampir putus asa untuk menyerunya lagi pada masa akan datang. Sekalipun jika ada yang mengupahkannya sekalipun. Saya tidak dapat memenuhi permintaannya.

Difaham dari maksud firman Allah ini, dapatlah kita selami erti maksudnya yang sebenar yaitu Allah mendekati kaum peniaga dan orang perseorangan yang ingin mengembangkan perniagaan atau pertaniannya menjadi sebuah perniagaan yang maju dan pesat berkembang besar dengan sebaik mungkin dengan pesanan yang mudah dan memerlukan sedikit pengorbanan dari sebahagian harta kepunyaannya untuk menarik rezeki kembali kepadanya. Allah menunjukkan jalan mudah yang sewajarnya diikuti dan diamalkan oleh semua orang yang beriman supaya dapat menyempurnakan sasaran dan keperluan yang dirancang oleh mana mana individu atau syarikat perniagaan mencapai jualan maksimum setiap kali. Sebenarnya jika masing-masing mahu kembali kepada kaedah yang dianggap lapuk ini, saya rasa ramai orang akan terselamat dan maju jaya dari jatuh bangkrap akibat kelemahan pengurusan dan pentadbiran perniagaan seperti yang selalu menjadi alasan di atas kegagalan menjayakan sesuatu projek perniagaan yang menjadi sunnah rasul ini.

KHAFIAT MENGAMALKAN AYAT.

Ayat yang tersebut di atas jika dibacakan sebanyak 1001 kali atau lebih setiap hari selama paling kurang 40 hari akan berjaya memecahkan gelombang hitam dan merah yang memang sedia ada pada diri manusia tidak kira islam atau pun bukan islam. Bacaan yang berulang- ulang dengan jumlah ini yang boleh dikurangkan selepas 40 hari menjadi 7 kali sehari dapat memecah dan menggantikan gelombang yang banyak menyekat dan menyempitkan rezeki seseorang akibat perbuatan dosa dan kesalahan kepada dirinya sendiri.

Sebagai contoh, seseorang yang menderhaka atau bersikap keras dan kurang ajar kepada kedua ibu bapanya, guru atau orang orang tua termasuk anak-anak yatim piatu dan faqir miskin akan menghilangkan gelombang suci yang bergelung dan berpintal di tubuhnya diganti pula dengan gelombang gelap dan jahat mengitari dirinya. keadaan ini akan berkekalan sehingga dirinya bertaubat dengan taubatan nasuha, barulah beransur-ansur gelombang syubhat yang menutup pintu rezeki dirinya sendiri akan berkurangan. Dengan pimpinan guru mursyid murid ini akan terlepas dari siksaan papakerma yang diciptakan hasil dari kesalahan dirinya sendiri.
Kaedah mengamalkannya hendaklah melalui kebenaran supaya ada rohnya.

REZEKI AHLI MA'ASI TERTUTUP DAN SEMPIT.

Termasuklah juga orang orang yang melakukan maksiat yang menjadi larangan keras oleh Allah seperti melakukan zina walaupun hanya dengan berjumpa perempuan atau lelaki ajnabi dengan sengaja dan tidak berbuat apa apa usikan pun kecuali jika ditemani oleh muhrimnya. Apatah lagi di dalam pertemuan sulit atau nyata itu dengan sengaja melakukan perkara yang memberahikan, lebih- lebih lagi jika mereka berniat untuk berzina, maka terleburlah gelombang putih dan kuning itu yang telah dibekalkan Allah semenjak dari lahir. Maka merasailah mereka kehidupan yang amat payah untuk mencari sesuap nasi untuk diri dan ahli keluarganya bermula dari detik-detik ia melakukan dosa besar itu. Oleh itu kepada orang orang ini persaksian mereka tidak boleh diterima, mereka wajib menjalani hukuman syariat untuk meleburkan dosa gelombang hitam dan merah dari mengepung diri mereka buat selama lamanya. Sesungguhnya mereka yang melakukan dosa-dosa besar akan terhimpit hati dan perasaannya tidak seperti sebelum melakukannya. Itu adalah kesan dari kehilangan gelombang mulia dan kesan dari himpitan gelombang jahat yang mengepung dirinya.

GELOMBANG BAYI BERSIH.

Seorang bayi yang baru dilahirkan secara semula jadi telah dibekalkan oleh Allah SWT gelombang kebesaran rezeki ini yang melingkari lengan kanan lalu melewati bahagian atas kepalanya sehinggalah menyentuh semula ke lengan kirinya. Dua lapisan gelombang putih dan kuning ini yang bersaiz setengah jengkal setiap satu beriringan pada setiap bayi yang bersih tanpa melakukan dosa sehingga dewasa. Oleh itu kita dapati setiap bayi yang tidak dirosakkan gelombang kebesaran rezeki oleh kedua ibu bapanya maka selama itulah bayi itu akan menerima makanan dan minuman yang tersedia dihantar oleh para malaikat melalui tangan ibu dan bapanya pada pandangan kasar manusia, tanpa perlu merangkak membuka tudung saji. Maka apabila gelombang ini dirosakkan oleh kejahatan kedua ibu bapanya maka matilah bayi itu terputus gelombang rezeki akibat perbuatan salah laku mereka membuang bayi di jalanan. Kasihilah mereka wahai ibu-ibu dan ayah-ayah yang masih punya kesempatan untuk bertaubat, kembalilah ke pangkuan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.

KHAFIAT KEDUA MENGHASILKAN GELOMBANG REZEKI.

Selain daripada khafiat membacakan ayat pembenihan berganda ini, kita temukan kaedah kedua yang bersamaan dengan kaedah menghadirkan gelombang putih dan kuning untuk membukakan pintu rezeki seluas luasnya dengan mengeluarkan nafaqah zahir dari harta kesayangan kepunyaan diri sebagai alat untuk mengundang dan menimbulkan gelombang putih kuning.

Bersedekah kepada kumpulan manusia tertentu yakni asnaf yang lapan dengan bilangan jumlah yang tertentu dari berbagai peringkat akan menyebabkan timbulnya harapan dan kesukaan dari si penerima terutama golongan anak yatim dan fakir miskin ataupun pelajar tahfiz sebagai contohnya, yang boleh menyebabkan gelombang putih kuning ini kembali muncul. Semakin kerap kita bersedekah, semakin menebal gelombang ini dan semakin kuat sinar yang memantul keluar dari tubuh yang bersih ke sisi para malaikat yang ditugaskan membawa rezeki kepada mereka.

RUMAH DIKOTORI NODA DAN DOSA.

Menurut perkhabaran dari sebuah hadis ada menyebutkan bahawa rumah yang menyimpan anjing atau patung berhala tidak akan dimasukki oleh malaikat pembawa rezeki. Ini sudah termaktub di dalam sabda Rasulullah SAW. yang terang terang menyaksikannya. Bagaimana pun ramai dari kita tersalah sangka dengan maksud sebenar dari pengertian rumah yang di sabdakan oleh nabi kita itu.

Bagaimana dengan keadaan sebuah rumah yang tiada padanya anjing dan tidak ada patung berhala tetapi susah  mendapat rezeki bighairi laa yahtasib rezeki yang tidak disangka-sangka. Sebenarnya rumah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW. itu adalah rumah sarung tubuh badan manusia ini yang banyak mengandungi najis anjing dan babi serta banyak pula syirik yang tidak terhitung jumlahnya. Akhirnya gelombang putih kuning yang sebagai tandanya telah hilang lebur, maka sarung tubuh badan kita ini tidak dipandang dan dihadiri oleh para malaikat pembawa rezeki yang telah ditentukan oleh Allah swt.

Oleh itu janganlah sekali kali kita menuding jari kepada orang lain jika kita berada di dalam kesusahan dan keperitan mengharungi kehidupan yang amat sukar walaupun sekadar mencari sesuap nasi. Bukan kesalahan orang lain kalau kita susah, bukan sebab orang lain menutup pintu rezeki kita kalau jualan tidak ada, salahkanlah diri sendiri kerana mungkin akibat kesalahan dan dosa diri sendiri yang telah merosakkan kebaikan-kebaikan yang telah sedia ada. Allah tidak zalim, kita inilah yang menzalimi diri sendiri. Sudah dipesan jangan, kita lakukan juga maka akhirnya kita merasa akibatnya yang masih juga disangka datang dari hasil perbuatan orang lain.

PEMAKAI SUSUK SELALU DITIMPA MUSIBAH BALA.

Untuk akhirnya saya bawakan contoh seseorang yang membela saka atau jin dengan niat yang tidak baik, sebagai lebih jelas lagi yaitu pemakai 'susuk' dan pemakai ilmu 'timbulan' untuk kebal dan sebagainya itu akan didapati mereka akan sentiasa susah mencari rezeki dan selalu ditimpa kesusahan, malapetaka yang tidak berkesudahan sehingalah susuk-susuknya dikeluarkan dari tubuh. Oleh itu saya mengajak kepada semua para pembaca muslimin dan muslimat, kembalilah kita semua ke jalan Allah agar terhindar dari segala macam bentuk penganiayaan diri yang akhirnya merosakkan kebaikan-kebaikan tersembunyi dan mendatangkan kesenangan itu serta menjauhkan dari melakukan dosa-dosa yang amat besar disisi Allah supaya gelombang aura yang berharga itu tetap kekal dibasahi embun ketenangan pagi yang akan mengekalkan kesegarannya sepanjang zaman sepanjang nyawa masih dikandung badan.

Semuanya dari Allah kembali kepada Allah. Sekadar menyampaikan segala perkaranya.
Wallahul Muafiq, wallahu a'alam Bissawab.