MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH

 MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH

Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri. Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.
1.Tinggi rendahnya manusia di sisi Tuhan adalah dinilai pada kemuliaan dan kesucian rohnya, bukan pada jasad lahirnya. Manusia atau makhluk yang paling hebat dan paling mulia di sisi Tuhan adalah Rasulullah saw.
Kehebatan Rasulullah SAW terletak pada kehebatan rohnya. Makhluk pertama yang Tuhan ciptakan adalah roh Nabi Muhammad saw yang disebut Nur Muhammad. Kerana kemuliaan Nur Muhammad inilah Tuhan ciptakan manusia, langit, bumi dan lain-lain. Begitulah hebatnya roh Rasulullah SAW.
Nisbah jasad manusia, Tuhan menciptakan Nabi Adam dahulu. Nisbah roh, Rasulullah diciptakan dahulu. Sebab itu ketika Nabi Adam diperkenalkan oleh Tuhan tentang ciptaanNya dan ZatNya melalui 99 nama Allah, pengenalan itu tidak sempurna selagi tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad. Tatkala Nabi Adam melihat kalimat Nur Muhammad, dia bertanya kepada Allah, siapakah Muhammad? Maka Tuhan menjawab, itulah penghulu segala Rasul. Walaupun Nabi Adam diciptakan terlebih dahulu, dia tetap akur dengan kehebatan dan kemuliaan roh Rasulullah, malah berselawat dan bertawassul kepadanya.
2. Mengenai roh, Tuhan berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya roh itu adalah urusanKu”
“Katakanlah, roh itu adalah urusan Tuhanku.”
Mengapa Allah berfirman roh itu urusanNya? Padahal semua makhluk ciptaanNya juga mutlak semua urusanNya, semua berada di dalam pemerintahan dan kekuasaanNya. Kesemua ciptaanNya, Dia yang memelihara dan Dia boleh menghancurkannya tanpa campurtangan dari mana-mana pihak. Tetapi tentang roh, Tuhan kata “Ia urusanKu”. Ini menunjukkn daripada keseluruhan ciptaan Tuhan, roh adalah yang paling penting dan istimewa.
3. Mengapa roh istimewa? Sejarah penciptaan roh diceritakan dalam Al Quran. Sewaktu di alam roh, Tuhan telah mengumpulkan kesemua roh manusia dan bertanya,
“Bukankah aku Tuhan kamu?”
Maka menjawablah kesemua para roh,
“Ya, kami naik saksi bahwa Engkaulah Tuhan kami.”
Itulah kehebatan roh manusia, dia sangat kenal dengan Tuhan.
Asal kejadian roh menerima dan mengakui Allah sebagai Tuhannya. Sebab itulah fitrah semulajadi semua manusia samada Islam atau tidak adalah baik, mahu kepada Tuhan. Tetapi bila fitrah suci asal yang mengenali Tuhan itu tidak disuburkan, lama kelamaan ia akan rosak.
KESAN APABILA ROH TIDAK DISUBURKAN
Bila seorang manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan jauh dari Tuhan, rohnya akan lemah, fitrahnya akan rosak. Akibatnya manusia hanya akan tahu adanya Tuhan melalui akal, tetapi hati atau rohnya tidak ada rasa berTuhan, tiada rasa cinta dan takut pada Tuhan. Ibarat anak angkat, selepas 30 tahun barulah dia tahu, rupa2nya dia ada ibu dan ayah yang lain. Senangkah dia hendak menyayangi ibu dan ayah kandungnya?
Begitulah manusia dengan Tuhan. Rata-rata hari ini, manusia sudah kehilangan Tuhan akibat dari melalaikan penjagaan dan penyuburan rohnya. Bila roh tidak disuburkan, maka lahirlah manusia yang rosak jiwanya. Individu-individu yang rosak jiwanya akan melahirkan masyarakat yang rosak. Pendidikan hari ini pula sasarannya adalah akal, roh tidak. Jadi berlakulah ketidak seimbangan antara akal dan roh. Hingga kita dapat saksikan satu fenomena seperti di dunia hari ini. Dalam kemajuan, penuh dengan ketakutan, tiada keamanan, perpaduan dan kasih sayang. Makin maju, makin bergaduh dan menipu, berperang, berbunuhan. Makin kaya, jiwa makin menderita. Apa ertinya hidup dalam kemajuan bersama ketakutan, lebih baik mundur bersama keamanan. Untuk apa kaya dalam penderitaan, lebih baik miskin bersama kasih sayang. Itulah akibat dari gagal menyuburkan roh insan dalam kehidupan. Roh jadi buta daripada mendapat cahaya iman.
KESAN APABILA ROH DISUBURKAN
Roh yang disuburkan dengan mengenali dan mencintai Tuhan hingga membawa kepada rasa berTuhan yang mendalam, akan menjadi aktif. Roh yang disucikan ( roh muqaddasah) akan aktif berperanan ( mutassariffah). Peranan roh mutassarifah ini tiada batasan geografi dan masa.
SEJARAH YANG MEMAPARKAN KEHEBATAN ROH INI
1. Saiyidina Umar boleh memberi arahan pada Sariyah, ketua tenteranya ke Palestin. Sedangkan
sewaktu itu Saiyidina Umar sedang memberi khutbah di mimbar masjid Madinah. Tiba-tiba dia menjerit..
“Hai Sariyah, ubah kedudukan tentera kamu, musuh ada di belakangmu!!”
Begitulah kehebatan roh muqadasah mutasoriffah mampu mendahului masa dan sempadan geografi. Pada hari ini sehebat mana satelit pun tidak mampu hendak mengatasi kepantasan komunikasi roh.
2. Penaklukan Andalusia oleh Tariq ibn Ziyad. Sejarah memaparkan Tariq membakar semua kapal tenteranya dan berkata,
“Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu, pilihlah
kematian yang bagaimana yang kamu mahu!!”
Orientalis menyembunyikan cerita Tariq beryaqazah dengan Rasulullah. Beliau melihat Rasulullah dan arahan Rasulullah supaya terus mara. Tariq mendapat suntikan semangat juang yang luar biasa hingga membawa kejayaan kepada tentera Islam menawan Andalusia. Peristiwa bersejarah di Jabal Tariq itu merupakan satu lagi bukti bagaimana peranan roh cukup penting . Di mana di saat logik akal mengatakan sudah tidak ada jalan, tetapi di waktu itu bila bergantung pada kekuatan roh, ia mengatasi logik dan berlaku peristiwa luar biasa yang menyalahi adat, yang diistilahkan sebagai khawariqul adah.
Peristiwa-peristiwa ini merupakan rahsia-rahsia kekuatan umat Islam yg tersembunyi yang tidak dapat dikesan dan dikuasai oleh musuh. Hal-hal seumpama ini sudah jarang dititikberatkan oleh umat Islam hari ini. Umat Islam lebih kagum dengan silap mata Barat, sedangkan Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri.
Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.
Sebenarnya ini merupakan usaha-usaha musuh Islam terutama Yahudi yang memang sudah lebih tahu dan faham akan kekuatan umat Islam ini, tetapi mereka menyembunyikan dan menutupnya rapat-rapat.
Oleh kerana besarnya peranan roh, maka munasabahlah Tuhan berkata “Roh itu urusan Aku”. Ia sebenarnya adalah satu senjata rahsia yang punya kekuatan luarbiasa yang disimpan untuk orang-orang bertaqwa. Seolah-olah Tuhan berkata, jaga ciptaan Aku ini baik-baik kerana ialah yang akan menentukan nasibmu di dunia dan di akhirat.
KENAPA SELAMA INI ROH TIDAK DIBERI PERHATIAN UTAMA BERBANDING DENGAN AKAL ?
Roh tidak diberi perhatian sebab mereka lebih berminat dengan akal sebab akal gerakannya cepat mendapatkan hasil. Di sini yg membuatkan manusia terkelabu dan terkeliru. Akal nampaknya lebih cepat berjaya dan cepat dapat. Manusia lebih tertarik dengan benda yang cepat. Sebab itulah manusia lebih tertarik dengan dunia daripada Akhirat. Dunia adalah sesuatu yang dekat, manakala akhirat pula yang jauh. Yang paling cepat terpengaruh adalah mata lahir.
Oleh sebab itulah setakat untuk mendidik mata, mulut dan akal untuk berperanan, Allah tidak perlu datangkan Rasul. Untuk mendidik akal semata, orang jahat pun boleh mendidik, tetapi untuk mendidik roh, bukan sebarang orang yang mampu. Roh itu istimewa, ahli falsafah tidak mampu mendidik roh. Oleh kerana roh itu urusan Tuhan, maka pemimpin yang mampu untuk mendidik roh pun urusan dan utusan Tuhan juga.
APAKAH FAKTOR YANG MENGHALANG PERANAN ROH?
Di dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan samada yang halal, sunat, harus dan lain-lain, jika ianya terputus dengan Tuhan, perkara tersebut akan membinasakan manusia. Apa sahaja yang kita bangunkan, tadbir, jika ia terputus dari Tuhan, iaitu bila ia tidak dihubungkaitkan dengan Tuhan, ia akan merosakkan roh. Manusia hari ini menjadikan akal sebagai tempat rujuk utama. Sebelum bertindak apa-apa, mesti tanya akal dulu, logik atau tidak, tepat atau tidak? Sedangkan peranan akal bukanlah sandaran utama. Kerana keputusan akal tidak semestinya tepat dengan kehendak Tuhan.
Sepatutnya sebelum bertindak dan berbuat sesuatu, terus hubungkan hati dengan Tuhan dahulu. Nanti Allah akan campakkan rasa-rasa di dalam hati sebagai panduan. Gerakan hati inilah satu isyarat keputusan dari Tuhan. Akal hanya mengesahkan sahaja keputusan tersebut. Yang membuat keputusan adalah hati, bukan akal.
APA TANDA ROH ITU HIDUP ?
Roh yang hidup akan berperanan. Untuk menilai samada roh berperanan atau tidak, contohnya apabila seseorang melihat keindahan alam, lautan, bukit bukau dan lain-lain, tetapi hati tiada contact dengan Tuhan, tidak terasa kehebatan dan kebesaran Penciptanya, ini bermakna roh tidak hidup, malah telah rosak. Tetapi kalau melihat benda yang sama, hati merasa kehebatan dan kebesaran Tuhan, itu menunjukkan rohnya hidup, dia mendapat rasa berTuhan, dan mendapat iman.
PENTINGNYA MENJAGA ROH
Penjagaan roh adalah penentu nasib di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Lantaran mengabaikan roh, maka hari ini kita terpaksa akur dengan kelemahan umat Islam dari pelbagai aspek. Belum ada satu bidang yang boleh dibanggakan oleh umat Islam. Mana mungkin kita mengalahkan musuh dengan menggunakan senjata ciptaan musuh. Mengapa kita tidak merujuk kepada ’senjata luar biasa’ yang Allah sediakan khas untuk orang-orang bertaqwa.
Cuba lihat kehebatan Nur Muhammad, roh Rasulullah yang aktif berperanan sekalipun setelah baginda wafat. Kehebatan mukjizat Rasulullah terus berlaku iaitu melalui roh muqaddasah mutasorrifah yang sentiasa aktif berparanan. Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, roh orang-orang yg bersih dan disucikan seperti roh para Rasul, wali-wali samada yang masih hidup atau yang telah meninggal, tetap aktif berperanan. Sebab itulah kita boleh bertawassul dengan roh-roh suci ini.
Kita telah melihat pentingnya peranan roh serta kesan luar biasa hasil dari roh muqadasah mutasorrifah. Inilah sebenarnya rahsia kekuatan umat Islam yang Tuhan simpan untuk hamba-hambaNya yg brtaqwa. Rahsia yang cuba diintai oleh musuh tetapi tidak berjaya. Tuhan hanya perturunkan untuk orang-orangNya atau utusanNya. Sebab itulah Rasulullah digelar sirril asror ~ rahsia bagi segala rahsia. Kerana dia berperanan mendidik dan mengendalikan roh manusia di zamannya hinggalah sekarang.

Wasalam.

 

NASIHAT SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI TENTANG REDHA


"Kalian harus senantiasa ridha kepada Allah Azza wa Jalla dalam keadaan senang maupun susah, dalam keadaan baik maupun buruk, sehat ataupun sakit, kaya maupun miskin, dan dalam keadaan sukses ataupun gagal.
Aku tidak melihat ubat yang baik bagi kalian selain berserah diri kepada-Nya,
Jika Allah menakdirkan sesuatu bagi kalian, janganlah takut.
Janganlah mengeluh kepada selain-Nya, sebab itu justeru itu ia akan menyebabkan bencana bagi kalian,
Tenang dan diamlah!
Jika kalian redha,
Dia akan mengubah kesusahan kalian menjadi kebahagiaan!"
--Syekh Abdul Qadir Al-Jailani dalam Fath Ar-Rabban

MAQAM SABAR MENURUT SUFI
MAQAM SABAR MENURUT SUFI

Sabar (Ash-Shabru) dalam tasawuf adalah maqam yang harus ditempuh bagi tiap salik. Hal ini kerana dalam laku tasawuf (orang sufi) akan mengalami banyak hambatan, cubaan dan ujian, maka laku sabar adalah tahapan yang harus ditempuh dengan baik.
Sabar adalah tunggak kebahagiaan seorang hamba. Sabar adalah upaya menahan diri dari sifat kegundahan dan rasa emosi, kemudian menahan lisan dari keluh kesah, serta menahan anggota tubuh dari perbuatan yang tidak terarah. Dengan kesabaran itulah seorang hamba akan terjaga dari kemaksiatan, lalu berusaha untuk konsisten menjalankan ketaatan, dan tabah dalam menghadapi berbagai macam cubaan.

Amru bin Usman mengatakan, bahawa sabar adalah keteguhan bersama Allah, menerima ujian dari-Nya dengan lapang dan tenang. Hal senada juga dikemukakan oleh Imam al-Khowas, bahawa sabar adalah refleksi keteguhan untuk merealisasikan al-Qur'an dan sunnah.

Sehingga sesungguhnya sabar tidak sama dengan kepasrahan dan ketidak mampuan.
Justru orang yang seperti ini memiliki petunjuk adanya ketidak sabaran untuk merubah kondisi yang ada, ketidaksabaran untuk berusaha, ketidaksabaran untuk berjuang dan lain sebagainya. Sabar bukanlah sesuatu yang harus diterima seadanya, bahkan sabar adalah usaha kesungguhan yang juga merupakan sifat Allah yang sangat mulia dan tinggi.

Sabar ialah menahan diri dalam memikul sesuatu penderitaan baik dalam sesuatu perkara yang tidak diingini mahupun dalam kehilangan sesuatu yang disenangi.

Abu Hurairah meriwayatkan bahwa A’isyah menuturkan Rasulullah SAW bersabda, “Sabar (yang sebenarnya) itu adalah pada saat menghadapi cubaan yang pertama.”
Kerana itu sabar dibahagi menjadi beberapa macam: sabar terhadap apa yang diperoleh si hamba (melalui amalan-amalanya),
misalnya sabar menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangan-larangan Allah. Dan sabar terhadap apa yang diperoleh tanpa upaya, misalnya kesabaran dalam menjalankan ketentuan Allah yang menimbulkan kesukaran baginya.


Al-Junaid
menegaskan, “perjalanan dari dunia ke akhirat adalah mudah bagi orang yang beriman, tetapi menghindari makhluk demi Allah adalah sulit. Dan perjalanan dari diri sendiri menuju Allah SWT adalah sangat sulit, tetapi yang lebih sulit lagi adalah bersabar terhadap Allah.”
Ketika ditanya tentang sabar, Al-Junaid menjawab, ”sabar adalah meminum kepahitan tanpa wajah mengerut.” dan

Ali bin Abi Thalib ra, menyatakan,”hubungan antara sabar dengan iman seperti hubungan antara kepala dengan badan.”


Al-Jurairi
menjelaskan,“sabar tidaklah membedakan keadaan bahagia atau menderita, disertai dengan ketenteraman pikiran dalam keduanya. Ketabahan yang sabar adalah mengalami kedamaian ketika menerima cubaan, meskipun dengan adanya kesadaran akan beban penderitaan.”


Syaikh Abu Ali ad-Daqqaq
menegaskan,”kebenaran hakiki tentang sabar adalah jika si hamba keluar dari cubaan dalam keadaan seperti ketika ia memasukinya, sebagaimana yang dikatakan oleh Ayub as pada Akhir cubaan yang menimpanya, ‘sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah tuhan yang maha penyayang diantara semua yang penyayang’(QS.Al-Anbiya’:83).

Nabi Ayyub memperlihatkan sikap berbicara yang layak dengan ucapanya,’Dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang diantara semua yang menyayangi’ tetapi dia tidak bicara secara eksklusif [seperti yang dikatakanya], ‘Limpahkanlah kasih sayang-Mu kepadaku’.”

Syaikh Muhammad bin Shalih Al ‘Utsaimin rahimahullah berkata, “Sabar itu terbagi menjadi tiga macam:
1. Bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada Allah.
2. Bersabar untuk tidak melakukan hal-hal yang diharamkan Allah.
3. Bersabar dalam menghadapi takdir-takdir Allah yang dialaminya, berupa berbagai hal yang menyakitkan dan gangguan yang timbul di luar kekuasaan manusia ataupun yang berasal dari orang lain.

Syekh Ibn ‘Atha’illah membahagi sabar menjadi 3 macam sabar terhadap perkara haram, sabar terhadap kewajiban, dan sabar terhadap segala perencanaan (angan-angan) dan usaha. Sabar terhadap perkara haram adalah sabar terhadap hak-hak manusia. Sedangkan sabar terhadap kewajiban adalah sabar terhadap kewajiban dan keharusan untuk menyembah kepada Allah.

Segala sesuatu yang menjadi kewajiban ibadah kepada Allah akan melahirkan bentuk sabar yang ketiga yaitu sabar yang menuntut sufi untuk meninggalkan segala bentuk angan-angan kepada-Nya. 

“Sabar atas keharaman adalah sabar atas hak-hak kemanusiaan. Dan sabar atas kewajiban adalah sabar atas kewajiban ibadah. Dan semua hal yang termasuk dalam kewajiban ibadah kepada Allah mewajibkan pula atas sufi untuk meniadakan segala angan-angannya bersama Allah”.

 WUDHU

Wudhu ialah membersihkan diri sebelum menunaikan sholat
1. Niat
2. Membasuh Muka
3. Membasuh Tangan
4. Membasuh Kepala
5. Membasuh Telinga
6. Membasuh Kaki
7. Tertib

- Hakikat Niat dalam Wudhu ialah :
"tiada wujud pada diriku hanya Allah semata"
Jadi Kita Mengisbatkan Hidup Kita, Ilmu Kita, Pandangan Kita, Penglihatan, Kuasa Kita, Kata-Kata Kita Semuanya Adalah Hak Allah Semata.
(La Haiyun, La Alimun, La Sami'un, La Basirun, La Khadirun, La Muridun, La Mutakallimun, Bil Haqqi Illallah).

- Hakikat Membersihkan Muka dalam wudhu ialah :
Membuang semua sifat sombong angkuh, kemuliaan, kebesaran, yang ada pada diri manusia.
- Hakikat Membasuh Tangan dalam wudhu ialah :
Membuang semua sifat-sifat aku berkuasa, aku orang kuat dan aku orang besar.
- Hakikat Membasuh Kepala dalam wudhu ialah :
Membersihkan segala fikiran dari segala urusan dunia
- Hakikat Membasuh Telinga dalam wudhu ialah :
Membersih segala pendengaran dari hal-hal yang tidak perlu
- Hakikat Membasuh Kaki dalam wudhu ialah :
Kita harus membetulkan perjalanan kita hanya untuk satu tujuan iaitu : Allah SWT semata-mata.

RUKU SHALAT ADA 13 PERKARA :
1. Niat
2. Berdiri Bagi Yang Mampu
3. Takbiratul Ikhram
4. Membaca Al-Fatehah
5. Ruku'
6. I'tidal
7. Sujud
8. Duduk Antara Dua Salam
9. Duduk Pada Tasyahud Akhir
10. Membaca Tasyahud Akhir
11. Membaca Sholawat Nabi
12. Salam
13.Tertib

YANG MEMBATALKAN SHOLAT ADA 12 PERKARA :
1. Sengaja berbicara
2. Bergerak yang bukan gerakan sholat berturut-turut sebanyak 3x
3. Berhadats kecil atau besar
4. Terkena najis
5. Terbukanya aurat dengan sengaja
6. Berubah niat
7. Membelakangi kiblat
8. Makan atau minum dengan sengaja walaupun sedikit
9. Tertawa terbahak-bahak
10. Murtad
11. Meninggalkan salah satu rukun dengan sengaja
12. Mendahului imam sebanyak 2 rukun

HAKIKAT RUKUN SEMBAHYANG 13 PERKARA IALAH :
Mengandung makna hakikat sendi-sendi besar yang bergerak pada tubuh manusia :
1. Sendi tengkok
2. Sendi bahu kanan
3. Sendi lengan kanan
4. Sendi tangan kanan
5. Sendi bahu kiri
6. Sendi bahu kiri
7. Sendi tangan kiri
8. Sendi paha kanan
9. Sendi paha kiri
10. Sendi lutut kanan
11. Sendi kaki kanan
12. Sendi kaki kiri
13. Sendi lutut kiri

NIAT YANG SAH :
1. Niat Hurufiyah ialah :
Menghadirkan DZAT SHOLAT terlebih dahulu sebelum Takbiratul ikhram.

Niat Hurufiyah Ini Ada Tiga :
i. DANI iaitu ROH TABI'I
ii. USTO iaitu ROH IDHOFI
iii. KASUI iaitu ROH RABBANI Yang Lebih Tinggi Dari DANI dan USTO

2. Niat Kamalliyah : Niat Para Nabi & Wali
ertinya : Mulailah Niat Yang Sah Itu dengan Huruf ALIF/ALLAH dan diakhiri dengan ALLAHU AKBAR.

DALIL YANG MENDUKUNG NIAT YANG SAH :
"AWALUDIN MA’RIFATULLAH"
(Awal Agama Mengenal Allah)
"LAYASUL SHALAT ILLA BIN MA'RIFATULLAH"
(Tidak Sah Sholat Tanpa Mengenal Allah)
"MAN ARAFA NAFSAHU FAKAT ARAFA RABBAHU"
(Barang Siapa Mengenal Dirinya Dia Akan Mengenal Tuhannya)
"ALASTUBIRAFBIKUM QOLU BALASYAHIDNA"
(Bukankah Aku Ini Tuhanmu? betul Engkau Tuhan Kami, Kami Menjadi Saksi) - Surah Al 'Araf : 172
"AL INSAANU SIRRI WA ANNA SIRRUHU"
(Manusia Itu Rahasiaku Dan Akulah Rahasia)
"WAFI AMFUSIKUM AFALA TUB SIRUUN"
(Aku Ada Didalam Jiwamu Mengapa Kamu Tidak Memperhatikan)
"WANAHNU AKRABI MIN HABIL WARIZ"
(Aku Lebih Dekat Dari Urat Nadi Lehermu)
"LAA TAK BUDU RABBANA LAM YARAH"
(Aku Tidak Akan Menyembah Allah Bila Aku Tidak Melihatnya Lebih Dahulu)
"WAKALBUL MU'MININ BAITULLAH"
(Jiwa Orang Mu'min Itu Rumahnya Allah)
"INNA AURAMA YANJURU MIN'AKMALIHIS SHALAT FA'IN ZAJAT LAHU NUJIRA FISA IRI AKMALIHI WAINLAM TAJUD LAHU YANJURU FISAI IN MIN AKMALIHI BAKDA"
ertinya:
"Sesungguhnya Yang Mula-Mula Dilihat Oleh Allah Dari Amal Perbuatan Anak Manusia Adalah Sholatnya.

Apabila Sholatnya Sempurna Diterimalah Sholatnya Itu Dengan Amal-Amalnya Yang Lain.
Jika Sholatnya Tidak Sempurna, Maka Ditolaklah Sholatnya Itu Dengan Amal-Amalnya Yang Lain".
- Hadis Riwayat Hakim.
"YAKTI ALANNAASI ZAMANU YUSALLUUNA WALA YUSALLUUN".
ertinya :
"Akan Datang Kepada Manusia Suatu Zaman, Banyak Yang Sholat Padahal Sebenarnya Mereka Tidak Sholat".
- Hadis Riwayat Ahmad
FAWAILUL LIL MUSALLIN
"Maka Celakalah Bagi Orang-orang Yang Sholat"

ALLAZINAHUM AN SHALATIHIM SAHUN
"Orang-orang Yang Lalai Dari Sholatnya".
- Surah Al-Ma'un : 4 - 5
Semoga bermanfaat...


 PEMBAHARUAN DALAM TASAWUF

- NEO SUFISME

Abstrak

Fazlur Rahman Malik adalah seorang cendekiawan Islam; sesungguhnya menghendaki agar umat Islam mampu melakukan tawazun  (keseimbangan)  antara  pemenuhan  kepentingan  akhirat  dan  kepentingan  dunia, serta  umat  Islam  harus  mampu  memformulasikan  ajaran  Islam dalam  kehidupan  sosial. 

Kebangkitan  kembali  tasawuf  di  dunia  Islam  dengan  istilah  baru  iaitu  Neo-Sufisme nampaknya tidak boleh dipisahkan dari apa yang disebut sebagai kebangkitan agama. Kebangkitan ini juga adalah lanjutan kepada penolakan terhadap kepercayaan yang berlebihan kepada sains dan teknologi selaku produk dari era modenisme. Modernisme telah dinilai gagal memberikan kehidupan yang bermakna kepada manusia. Oleh kerana itu, manusia telah kembali kepada nilai-nilai keagamaan kerana salah satu fungsi agama adalah memberikan  makna  bagi  kehidupan.  

Demikianlah,  era  post-modernisme yang  dibelenggu dengan  bermacam-macam  krisis  yang  semakin  parah  dalam  berbagai  aspek  kehidupan. Akhlak masyarakat semakin buruk dan kejahatan semakin banyak. Kebangkitan nilai-nilai keagamaan tidak salah lagi telah menggerakkan kembali upaya menghidupkan karya-karya klasik dengan pendekatan baru termasuk juga dalam bidang tasawuf. 

Karya-karya dalam bidang tasawuf yang dihasilkan oleh penulis kontemporari seperti al-Taftazani menunjukkan adanya garis lurus untuk menegaskan kembali bahawa tradisi tasawuf tidak pernah lepas dari akar Islam. Ini menunjukkan bahawa kebangkitan tasawuf kontemporari ditandai dengan pendekatan yang sangat pesat antara spiritualisme tasawuf dengan konsep-konsep Syariah. 

Tasawuf yang dianut dan dikembangkan oleh sufi kontemporari nampaknya berbeda dari sufisme yang difahami oleh kebanyakan orang selama ini iaitu sufisme yang hampir lepas dari akarnya (Islam), cenderung bersifat memisah atau eksklusif. Menurut mereka, sufisme yang berkembang kebelakangan ini, sebagaimana dinyatakan oleh Akhbar S Ahmed, pasca-modernisme membawa kita kepada kesadaran betapa pentingnya nilai keagamaan dan keperluan terhadap toleransi serta perlunya memahami orang lain yang semuanya terdapat dalam Neo-Sufisme.

HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH swt*
Pada malam Ghaibul Ghaib iaitu dalam keadaan antah berantah hanya Dzat semata-mata. Belum ada awal dan belum ada akhir, belum ada bulan dan belum ada matahari, belum ada bintang belum ada sesuatu pun. Malahan belum ada Tuhan yang bernama Allah, maka dalam keadaan ini, Diri yang empunya Dzat tersebut telah mentajallikan diri-Nya untuk memuji diri-Nya.
Lalu tajallilah Nur Allah dan kemudian tajalli pula Nur Muhammad (Insan Kamil), yang pada peringkat ini dinamakan Anta Ana (Kau, Aku), (Aku,Kau) Ana Anta.
Maka yang empunya Dzat bertanya kepada Nur Muhammad dan sekalian Roh untuk menentukan kedudukan dan taraf hamba.
Lalu ditanyakan kepada Nur Muhammad, Aku ini TuhanMu?
Maka dijawablah Nur Muhammad yang mewakili sekelian Roh;
"Ya! Engkau TuhanKu"
Persaksian ini sangat jelas diterangkan di dalam Al-Qur’an surah
(Al-Araf 7:172)
"ALASTU BIRAB BIKUM, QOOLU BALA SYAHIDNA"
Bukan aku ini TuhanMu? Betul engkau Tuhan kami, Kami menjadi Saksi.
Selepas pengakuan atau persumpahan Roh itu dilaksanakan, maka bermulalah era baru di dalam perwujudan Allah swt. Seperti firman Allah di dalam Hadits Qudsi yang ertiNya;
“Aku suka mengenal diriKu, lalu aku jadikan mahkluk ini dan aku perkenalkan diriKu"
Apa yang dimaksud dengan mahkluk ini ialah 'Nur Muhammad sebab seluruh kejadian alam maya ini dijadikan dari pada Nur Muhammad, tujuan yang punya Dzat mentajalikan Nur Muhammad adalah untuk memperkenalkan diriNya sendiri dengan diri RahsiaNya sendiri. Maka diri RahsiaNya itu adalah ditanggung dan diakui amanahNya oleh suatu kejadian yang bernama 'Insan yang bertubuh diri batin (Roh) dan diri batin itulah diri manusia atau Rohani.
Firman Allah di dalam Hadits Qudsi;
"AL-INSAANU SIRRI WA-ANA SIRRUHU"
Manusia itu RahasiaKu dan Akulah yang menjadi RahasiaNya.
Jadi yang dinamakan manusia itu ialah kerana ia mengenal Rahsia. Dengan perkataan lain manusia itu mengandung Rahsia Allah swt.
Kerana manusia menanggung Rahsia Allah, maka manusia harus berusaha mengenal diriNya, dan dengan mengenal diriNya manusia akan dapat mengenal TuhanNya, sehingga lebih mudah kembali menyerahkan diriNya kepada Yang empunya Diri pada waktu dipanggil oleh Allah swt. Iaitu tatkala berpisahNya Roh dengan Jasad.
*Kembali kepada Allah swt harus selalu dilakukan semasa hidup, masih berjasad, contohNya dengan solat, kerana solat adalah mikraj orang mukmin atau dengan ‘Mati Sebelum Mati’.
Firman Allah swt; (An-Nisa 4:58)
"INNALLAHA YAK MARUKUM ANTU ABDUL AMANATI ILAAHLIHA"
SesungguNya Allah memerintahkan kamu supaya memulangkan amanah kepada yang berhak menerimaNya (Allah).
Hal tersebut di atas dipertegaskan lagi oleh Allah di dalam Hadits Qudsi;
"MAN ARAFA NAFSAHU,FAQAT ARAFA RABAHU"
Barang siapa mengenal diriNya maka ia akan mengenal TuhanNya.
Dalam menawarkan tugas yang sangat berat ini kepada manusia, maka pernah juga ditawarkan Rahsia-Nya itu kepada Langit, Bumi dan Gunung-gunung tetapi semuaNya tidak sanggup menerimaNya.
Seperti firman Allah swt; (Al-Ahzab 33:72)
"INNA ‘ARAT NAL AMATA, ALAS SAMAWATI WAL ARDI WAL JIBAL FA ABAINA ANYAH MILNAHA WA AS FAKNA MINHA,WAHAMA LAHAL INSANNU"
SesungguhNya kami telah menawarkan suatu amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung tetapi mereka enggan memikulNya dan merasa tidak akan sanggup, lalu hanya manusia yang sanggup menerimaNya.
Oleh kerana amanat (Rahsia Allah) telah diterima, maka adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk menunaikan janjiNya. Dengan kata lain tugas manusia adalah menjaga hubunganNya dengan yang empunya Rahsia.
Setelah amanat (Rahsia Allah) diterima oleh manusia (Diri Batin/Roh) untuk tujan inilah maka Adam dilahirkan untuk bagi memperbanyak diri terperi itu, diri penanggung Rahsia dan berkembang dari satu abad ke satu abad, dari satu generasi ke satu generasi yang lain sampailah alam ini mengalami KIAMAT DAN RAHASIA ITU PUN KEMBALI KEPADA ALLAH swt.
"INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAAJIUN"
Kita berasal dari Allah, dan kembali kepada Allah.
(Qs Shad 38:72)
"Aku tiupkan RuhKu kedalamNya. Rahsiaku adalah RuhKu, dia memanggil diriNya aku, tetapi di atasNya ada Aku Allah"
Memang benar Allah swt itu tidak dapat dihijab oleh sesuatu pun, tetapi itu bagi mereka yang telah mengenal Allah swt, bagi mereka yang telah mengalami 'Fana.
Tetapi bagi kebanyakan fahaman manusia, Allah swt dan diriNya adalah dalam dua keadaan wujud, Jadi anggapan inilah yang menghijab mereka. Anggapan inilah yang harus dibuang, tetapi untuk membuangNya bukanlah perkara yang sangat mudah. Kerana Ego akan melawanNya bermati-matian, kerana ego tahu, apabila manusia itu masuk ke dalam makam ke'Fana an, maka ego akan terkubur, dan ia tidak mahu perkara itu akan terjadi.
Allahuakbar...

Kekadang Kita Terlupa…



Kekadang penting jugak untuk kita berfikir mengenai hidup dan sebagainya.

Adakah kita terasa dalam kita berdoa ada sedikit salahnya. Sebagai contoh, “Ya ALLAH lindungilah harta benda ku dari segala ancaman kecurian Ya ALLAH”. Satu kesalahannya adalah, si pendoa lupa bahawa pemilik mutlak adalah ALLAH, bukanlah si pemegang harta tersebut. Manusia hanyalah pemegang amanah, bukanlah milikan mutlak harta tersebut. Sepatutnya doa tersebut berbunyi begini " Ya ALLAH, Engkau lindungilah harta-harta Engkau yang diamanahkan kepada aku dari segala mara bahaya".

Dan seterusnya, kita selalu melihat bahawa segala sifat kebaikan sahaja merupakan ciptaan ALLAH, padahal keburukan juga adalah ciptaan ALLAH. Walaupun ia ciptaan ALLAH, namun ALLAH tidak sekali-kali akan mempunyai sifat-sifat cela tersebut. Andai ada yang selalu berkata "Yang baik itu datang dari ALLAH, yang buruk itu datang dari silap saya sendiri” tegurlah, bahawa silap itu juga adalah datang dari ALLAH, cuma kita yang memilih untuk silap atau benar.

Dan yang terakhir adalah, manusia sentiasa berdoa supaya diberikan itu ini, itu ini. Sememangnya yang ini tidak salah, seperti yang selalu kita berdoa, "Ya ALLAH berilah aku dapat no 1 dalam periksa kali ini". Adalah sebaiknya jika berdoa , "Ya ALLAH, aku selalu inginkan yang terbaik dalam peperiksaan seperti mana anggapan manusia biasa, namun, aku meminta kepadaMu yang terbaik, andai gagal itu terbaik untuk aku, turunkanlah kegagalan yang berhikmah itu kepada aku".

Jadi, sekiranya begitu, kita takkan bersedih, andai berjaya, kita akan bersyukur, andai kita gagal, kita akan sedar gagal itu berhikmah.

ANTARA DUA PERJALANAN


KEHIDUPAN
Kita sendiri tidak pernah memilih untuk lahir dalam kehidupan di dunia ini. Ini menunjukkan adanya kuasa di sebalik kewujudan kita yang memilih kita untuk hidup dalam kehidupan kita. Maka, sudah tentu kita yang tidak pernah memilih untuk hidup di dunia ini, tidak tahu hakikat atau makna kehidupan kita yang sebenar, kerana bukan kita yang memilih untuk hidup di dunia ini.
Maka, sudah pasti jawapan mengenai “makna kehidupan” hanya pada Tuhan yang Maha Benar yang telah menciptakan kita dan seluruh alam ini. Dialah yang menciptakan kita, maka Dialah yang lebih mengetahui tujuan Dia menciptakan kita. Makna kehidupan berkait rapat dengan tujuan Dia menciptakan kita sebagaimana yang Dia sendiri terangkan. 

KEMATIAN
Setiap kehidupan menuju kepada kematian. Kematian itu adalah suatu kebenaran dan realiti. Kehidupan yang melalaikan kita daripada mengingati hakikat kematian adalah suatu kepalsuan dan khayalan. Maka, dengan memahami bahawasanya setiap manusia akan mati, kita perlu tahu untuk apa kita mati dan apa persediaannya di samping mengetahui apakah yang sebenarnya di sebalik kematian?
Maka, seseorang apabila faham hakikat diri yang akan mati, pasti ingin mati dalam keadaan yang diingini oleh Tuhan yang Maha Pencipta. Maka, sudah pasti, dalam banyak-banyak persepsi dan ajaran tentang hidup setelah kematian, kita perlu mengetahui atau mempercayai satu konsep ajaran hidup setelah kematian yang tepat agar kita tidak menuju hari setelah kematian dengan jalan yang salah. Hanya dengan mengetahui “makna kehidupan” yang hakiki seseorang itulah dapat mencapai kemuncak kebahagiaan dan ketenangan di dunia dan di akhirat.
Seseorang bertanggungjawab terhadap pilihannya. Maka, jika seseorang menjalani kehidupan dengan makna yang palsu, maka kematian akan membawa dirinya kepada kesengsaraan kerana tidak memahami konsep hidup setelah kematian dengan makna yang sebenar. Maka, kehidupan setelah kematian itu hanyalah ada satu hakikat sahaja, maka pastikanlah kita memilih “makna sebenar” dalam kehidupan ini agar ianya selari dengan hakikat setelah kematian, agar kita tidak menyesal di akhirat nanti.