"Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu”.


Muhammad Sebelum Kelahiran Manusia

Merujuk kepada sebuah hadis daripada Umar al-Khattab r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Ketika Adam a.s. telah terlanjur berbuat dosa, dia berdoa: “Wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu dengan haq Muhammad untuk mengampuni dosaku”.

Allah berfirman:
“Bagaimana engkau mengetahui (tentang) Muhammad padahal Aku belum menciptanya?”

Adam berkata:“Wahai Tuhanku, sesungguhnya setelah Engkau mencipta aku dengan TanganMu dan Engkau meniupkan RuhMu kepadaku, ketika aku mengangkat kepalaku, aku melihat pada tiang-tiang Arsy ada tulisan ‘La ilaha illallah Muhammad Rasulullah’. Maka tahulah aku bahawa Engkau tidak menyandarkan kepada namaMu kecuali makhluk yang paling Engkau cintai”.

Allah berfirman:
“Engkau benar hai Adam! Sesungguhnya dia (Muhammad) adalah makhluk yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada Aku dengan haq-nya, sungguh aku telah mengampunkan engkau.

Dan seandainya bukan kerana Muhammad pasti Aku tidak mencipta kamu.

Fakta menarik:

Tindakan Nabi Adam a.s. yang berdoa dengan bertawassul dengan haq Muhammad. Kemulian Nabi Muhammad s.a.w. sehingga nama beliau telah tercatit sejak awal di alam Syurgawi dan tidak dicipta apa-apa melainkan kerana Muhammad (s.a.w).

Kelahiran

Nabi Muhammad s.a.w lahir dalam keadaan telah berkhatan dengan kekuasaan Allah s.w.t. Kedua matanya bercelak dengan ‘celak hidayah’ terpelihara matanya dari pandangan yg tidak diredhai Allah). Ruang angkasa menjadi terang benderang kerana Nurnya. Kehebatan pertama mukjizatnya adalah terpadamnya api sembahan kaum Parsi (yg tidak pernah terpadam selama seribu tahun). Beranda2 maharaja Parsi tiba2 runtuh. Syaitan2 dihujani dgn panah2 api bintang yg panas membakar dari langit. Jin2 berundur dgn hina dan tunduk kerana serangan dan desakan kuasa Baginda s.a.w dan bersinarnya cahaya lembut berkilauan (ketika lahirnya), sehingga bayi yang menakjubkan ini ditawarkan kpd wanita2 yg dtg utk mengambil upah menyusukannya.

Setelah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w malaikat bertanya kpd seluruh makhluk, “Siapakah yg ingin mengasuh ‘mutiara’ yg sgt berharga ini, yg tiada ternilai harganya?” Burung2 menjawab, “Kamilah yg akan mengasuh dan mengambil keuntungan dari cita2 yg besar.” Binatang2 liar pula berkata, “Kamilah yg lebih layak mengasuhnya agar kami memperolehi kemuliaan dan penghormatan.” Lalu dijawab malaikat, “Wahai sekelian makhluk, tenanglah kamu semua! Kerana sesungguhnya Allah telah memutuskan sejak dahulu lagi dgn kebijaksanaanNya Yang Maha Terdahulu. Bahawa NabiNya, Muhammad s.a.w ini akan diasuh dan disusui oleh Halimah (Binti Abi Dzuaib), seorang wanita yg amat penyabar. Allah telah memilih Saidatina Halimah utk menerima kabahagiaan dan keberuntungan itu.

(Halimah binti Abi Dzuaib As Sa’diah atau Halimah As Sa’diah atau Halimatus Sa’diah adalah ibu angkat Nabi s.a.w. iaitu ibu susu kedua Baginda. Ibu kandungnya bernama Aminah Binti Wahab).

Kanak-Kanak

Ketika pandangan Saidatina Halimah tertumpu kdp Baginda s.a.w, maka segera diambil, dipangku dan didakapnya. Bayi pembawa tuah itu kelihatan tersenyum gembira bersamanya. Tiba2 dari gigi suci bayi ini terpancar cahaya yg menjulang sampai ke langit. Dgn kegembiraan (bercampur hairan) dibawanya pulang ke keluarganya. Ketika dalam peliharaannya, Saidatina Halimah melihat keberkatannya sehingga kambing2 peliharaannya menjadi sihat, gemuk, memancar deras susu2 kambingnya hingga lebih mencukupi utk keperluannya sekeluarga. Setiap hari Saidatina Halimah melihat tanda2 luar biasa dan keberkatan bayi yg diasuhnya itu dan semakin mendalam kasihnya kpd bayi yg bernama Muhammad ini. Baginda membesar dgn sihat sejahtera sebagai kanak2 serta bergaul bersama2 saudara sesusuannya yg lain dan kanak2 lain.

Hati & Ilmu Pengetahuannya

Suatu hari ketika Nabi s.a.w sedang bermain2 bersama mereka, disuatu tpt yg jauh dari perkampungannya, tiba2 datang kpdnya 3 org lelaki yg berwajah tampan bercahaya bagai mentari dan bulan. Semua teman2 Baginda melarikan diri ketakutan. Nabi s.a.w. hanya berdiri dgn rasa hairan dan kagum melihat ketampanan mereka yg luar biasa. Ketiga2 lelaki ini (jelmaan malaikat) mendapatkan anak kecil ini dan membaringkannya ke atas tanah perlahan2. Lalu membelah perutnya dgn berhati2 tanpa ada rasa sakit sedikit pun.

Dikeluarkannya hati ’Pemimpin anak cucu Adam’ (Nabi s.a.w.) itu kemudian hati ini dibedahnya dgn penuh teliti. Lalu dibuangnya dari hati itu, suatu yg menjadi bahagian bisikan syaitan. Diisikannya dengan kesabaran, ilmu pengetahuan, keyakinan dan sifat keredhaan. Selesai pembedahan itu, mereka mengembalikan hati Baginda s.a.w. ketempat asal dlm tubuhnya. Lalu Baginda pon bangun berdiri tegak dan perutnya kembali spt sediakala. Lalu malaikat itu berkata kpdnya, ”Wahai Kekasih Allah Yang Maha Pemurah, Seandainya engkau mengetahui tujuan baik Allah kepadamu, pasti engkau akan mengetahui ketinggian darjatmu yg mengatasi makhluk lain. Dan sudah tentu hatimu akan bertambah gembira dan bahagia. Semakin riang dan bercahaya. Wahai Muhammad s.a.w. bergembiralah! Kerana sesungguhnya ’bendera ilmu pengetahuanmu’ telah dikibarkan di seluruh alam semesta. Seluruh makhluk menyambut dgn riang gembira akan kehadiranmu. Dan tiada suatu makhluk pon yg diciptakan oleh Allah melainkan akan dtg mematuhi segala permintaanmu. Mendengar penuh gembira akan sabdamu. Maka akan dtg kpdmu unta yg memohon pembelaanmu (dari kezaliman tuannya). Dhob (sejenis biawak pdg pasir) dan kijang akan bertutur fasih menyaksikan kerasulanmu. Pohon kayu bulan dan serigala tidak lama lg juga akan bertutur fasih menyatakan kenabianmu. Kenderaanmu nanti adalah Buraq. Yang ia sentiasa rindu dan teringin utk menatap wajahmu. Dan Jibril (Gabriel) yg menjadi pemimpin kerajaanmu telah mengumandangkan sebutan namamu di seluruh penjuru cakra buana. Sedangkan bulan pula akan diperintahkan utk terbelah dua, sebagai mukjizat bukti keRasulanmu”. ”Seluruh makhluk di alam semesta ini sentiasa rindu dgn kemumculanmu. Menanti kecemerlangan pancaran Nurmu”.

Maka ketika Kekasih Allah s.a.w itu diam mendengar kata2 malaikat (3 lelaki) itu sdgkan wajahnya laksana cahaya pagi, tiba2 Saidatina Halimah dtg mencari2nya dgn berteriak2 (setelah diadu oleh anak2nya yg lari pulang). Ia berkata, ”Aduhai! Jauhnya anakku Muhammad”. Maka dijawab oleh malaikat itu, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau yg jauh. Bahkan engkau hampir kpd Allah. Engkau pilihanNya dan KekasihNya”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai anakku Muhammad bersendirian sahaja”. Lalu dijawab oleh malaikat, ”Wahai Muhammad! Bukanlah engkau bersendirian, bahkan engkau adalah orang yg mempunyai kekuatan mukjizat. Penghiburmu adalah Zat Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Dan kawanmu adalah saudara2mu dari golongan malaikat dan ahli tauhid”. Saidatina Halimah berkata, ”Aduhai! Kasihan anak yatimku ini!”. Maka dijawab oleh malaikat, Alangkah bertuahnya engkau kerana menjadi anak yatim. Kerana sesungguhnya darjatmu di sisi Allah adalah sgt besar”. (mengatasi semua makhluk).

Ketika dilihat anak yg diasuhnya itu selamat dari bahaya, maka dibawanya pulang ke rumah dgn rasa gembira. Diceritakannya kejadian luar biasa itu kpd tukang tilik (pengkaji kitab2 terdahulu). Diceritakan juga kelebihan dan keanehan anak asuhannya itu. Maka tukang tilik itu bertanya kpd Baginda, ”Wahai anak lelaki yg lahir di negeri telaga Zam-zam dan Maqam Ibrahim, Rukun Yamani dan Al-Baitul-Haram, (Wahai Anak Kota Suci Makkah). Engkau melihat peristiwa itu dlm jaga atau tidur?” Baginda s.a.w menjawab, ”Demi kemuliaan Maharaja Yang Maha Mengetahui, saya melihat dan mengalaminya dlm keadaan jaga. Saya tidak ragu2 tentang itu dan tidak akan berbuat aniaya dgn berdusta”. Lalu berkata situkang tilik, ”Bergembiralah wahai budak! Kerana engkau adalah pembawa panji2 keNabian dan pemimpin bala tentera pemusnah kebatilan. KeNabianmu merupakan kunci dan penutup segala keNabian. Malaikat Jibril (Gabriel) akan turun kpdmu di atas hamparan kudus dan suci, Allah Yang Maha Agung akan mengajakmu berbicara (Di Malam Isra’ dan Mi’raj). Siapalah yg mampu menghitung keutamaan yg engkau miliki sdgkan hanya utk mengungkapkan sebahagian sahaja dari sifat2 keutamaanmu, lidah org yg tiada henti2nya memuji dan menyanjungmu, akan menjadi lemah dan tak mampu menuturkan kata2”.

Selawat Ke Atas Nabi s.a.w

Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:
“Salawat Allah subhanahu wata`ala (s.w.t) ialah pujian-Nya di sisi para malaikat”.
“Salawat malaikat ialah doa”.
“Salawat orang mu’min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad”.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. (Al-Ahzab: 56)

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH

 MEMBONGKAR RAHSIA KEHEBATAN ROH

Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri. Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.
1.Tinggi rendahnya manusia di sisi Tuhan adalah dinilai pada kemuliaan dan kesucian rohnya, bukan pada jasad lahirnya. Manusia atau makhluk yang paling hebat dan paling mulia di sisi Tuhan adalah Rasulullah saw.
Kehebatan Rasulullah SAW terletak pada kehebatan rohnya. Makhluk pertama yang Tuhan ciptakan adalah roh Nabi Muhammad saw yang disebut Nur Muhammad. Kerana kemuliaan Nur Muhammad inilah Tuhan ciptakan manusia, langit, bumi dan lain-lain. Begitulah hebatnya roh Rasulullah SAW.
Nisbah jasad manusia, Tuhan menciptakan Nabi Adam dahulu. Nisbah roh, Rasulullah diciptakan dahulu. Sebab itu ketika Nabi Adam diperkenalkan oleh Tuhan tentang ciptaanNya dan ZatNya melalui 99 nama Allah, pengenalan itu tidak sempurna selagi tidak diperkenalkan kepada Nur Muhammad. Tatkala Nabi Adam melihat kalimat Nur Muhammad, dia bertanya kepada Allah, siapakah Muhammad? Maka Tuhan menjawab, itulah penghulu segala Rasul. Walaupun Nabi Adam diciptakan terlebih dahulu, dia tetap akur dengan kehebatan dan kemuliaan roh Rasulullah, malah berselawat dan bertawassul kepadanya.
2. Mengenai roh, Tuhan berfirman yang bermaksud:
“Sesungguhnya roh itu adalah urusanKu”
“Katakanlah, roh itu adalah urusan Tuhanku.”
Mengapa Allah berfirman roh itu urusanNya? Padahal semua makhluk ciptaanNya juga mutlak semua urusanNya, semua berada di dalam pemerintahan dan kekuasaanNya. Kesemua ciptaanNya, Dia yang memelihara dan Dia boleh menghancurkannya tanpa campurtangan dari mana-mana pihak. Tetapi tentang roh, Tuhan kata “Ia urusanKu”. Ini menunjukkn daripada keseluruhan ciptaan Tuhan, roh adalah yang paling penting dan istimewa.
3. Mengapa roh istimewa? Sejarah penciptaan roh diceritakan dalam Al Quran. Sewaktu di alam roh, Tuhan telah mengumpulkan kesemua roh manusia dan bertanya,
“Bukankah aku Tuhan kamu?”
Maka menjawablah kesemua para roh,
“Ya, kami naik saksi bahwa Engkaulah Tuhan kami.”
Itulah kehebatan roh manusia, dia sangat kenal dengan Tuhan.
Asal kejadian roh menerima dan mengakui Allah sebagai Tuhannya. Sebab itulah fitrah semulajadi semua manusia samada Islam atau tidak adalah baik, mahu kepada Tuhan. Tetapi bila fitrah suci asal yang mengenali Tuhan itu tidak disuburkan, lama kelamaan ia akan rosak.
KESAN APABILA ROH TIDAK DISUBURKAN
Bila seorang manusia dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan jauh dari Tuhan, rohnya akan lemah, fitrahnya akan rosak. Akibatnya manusia hanya akan tahu adanya Tuhan melalui akal, tetapi hati atau rohnya tidak ada rasa berTuhan, tiada rasa cinta dan takut pada Tuhan. Ibarat anak angkat, selepas 30 tahun barulah dia tahu, rupa2nya dia ada ibu dan ayah yang lain. Senangkah dia hendak menyayangi ibu dan ayah kandungnya?
Begitulah manusia dengan Tuhan. Rata-rata hari ini, manusia sudah kehilangan Tuhan akibat dari melalaikan penjagaan dan penyuburan rohnya. Bila roh tidak disuburkan, maka lahirlah manusia yang rosak jiwanya. Individu-individu yang rosak jiwanya akan melahirkan masyarakat yang rosak. Pendidikan hari ini pula sasarannya adalah akal, roh tidak. Jadi berlakulah ketidak seimbangan antara akal dan roh. Hingga kita dapat saksikan satu fenomena seperti di dunia hari ini. Dalam kemajuan, penuh dengan ketakutan, tiada keamanan, perpaduan dan kasih sayang. Makin maju, makin bergaduh dan menipu, berperang, berbunuhan. Makin kaya, jiwa makin menderita. Apa ertinya hidup dalam kemajuan bersama ketakutan, lebih baik mundur bersama keamanan. Untuk apa kaya dalam penderitaan, lebih baik miskin bersama kasih sayang. Itulah akibat dari gagal menyuburkan roh insan dalam kehidupan. Roh jadi buta daripada mendapat cahaya iman.
KESAN APABILA ROH DISUBURKAN
Roh yang disuburkan dengan mengenali dan mencintai Tuhan hingga membawa kepada rasa berTuhan yang mendalam, akan menjadi aktif. Roh yang disucikan ( roh muqaddasah) akan aktif berperanan ( mutassariffah). Peranan roh mutassarifah ini tiada batasan geografi dan masa.
SEJARAH YANG MEMAPARKAN KEHEBATAN ROH INI
1. Saiyidina Umar boleh memberi arahan pada Sariyah, ketua tenteranya ke Palestin. Sedangkan
sewaktu itu Saiyidina Umar sedang memberi khutbah di mimbar masjid Madinah. Tiba-tiba dia menjerit..
“Hai Sariyah, ubah kedudukan tentera kamu, musuh ada di belakangmu!!”
Begitulah kehebatan roh muqadasah mutasoriffah mampu mendahului masa dan sempadan geografi. Pada hari ini sehebat mana satelit pun tidak mampu hendak mengatasi kepantasan komunikasi roh.
2. Penaklukan Andalusia oleh Tariq ibn Ziyad. Sejarah memaparkan Tariq membakar semua kapal tenteranya dan berkata,
“Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu, pilihlah
kematian yang bagaimana yang kamu mahu!!”
Orientalis menyembunyikan cerita Tariq beryaqazah dengan Rasulullah. Beliau melihat Rasulullah dan arahan Rasulullah supaya terus mara. Tariq mendapat suntikan semangat juang yang luar biasa hingga membawa kejayaan kepada tentera Islam menawan Andalusia. Peristiwa bersejarah di Jabal Tariq itu merupakan satu lagi bukti bagaimana peranan roh cukup penting . Di mana di saat logik akal mengatakan sudah tidak ada jalan, tetapi di waktu itu bila bergantung pada kekuatan roh, ia mengatasi logik dan berlaku peristiwa luar biasa yang menyalahi adat, yang diistilahkan sebagai khawariqul adah.
Peristiwa-peristiwa ini merupakan rahsia-rahsia kekuatan umat Islam yg tersembunyi yang tidak dapat dikesan dan dikuasai oleh musuh. Hal-hal seumpama ini sudah jarang dititikberatkan oleh umat Islam hari ini. Umat Islam lebih kagum dengan silap mata Barat, sedangkan Islam punya kekuatan luarbiasa yg lebih hebat dan tersendiri.
Tetapi bila diketengahkan, masyarakat seolah-olah bersikap double standard dalam menerimanya dan mengatakan ini sihir.
Sebenarnya ini merupakan usaha-usaha musuh Islam terutama Yahudi yang memang sudah lebih tahu dan faham akan kekuatan umat Islam ini, tetapi mereka menyembunyikan dan menutupnya rapat-rapat.
Oleh kerana besarnya peranan roh, maka munasabahlah Tuhan berkata “Roh itu urusan Aku”. Ia sebenarnya adalah satu senjata rahsia yang punya kekuatan luarbiasa yang disimpan untuk orang-orang bertaqwa. Seolah-olah Tuhan berkata, jaga ciptaan Aku ini baik-baik kerana ialah yang akan menentukan nasibmu di dunia dan di akhirat.
KENAPA SELAMA INI ROH TIDAK DIBERI PERHATIAN UTAMA BERBANDING DENGAN AKAL ?
Roh tidak diberi perhatian sebab mereka lebih berminat dengan akal sebab akal gerakannya cepat mendapatkan hasil. Di sini yg membuatkan manusia terkelabu dan terkeliru. Akal nampaknya lebih cepat berjaya dan cepat dapat. Manusia lebih tertarik dengan benda yang cepat. Sebab itulah manusia lebih tertarik dengan dunia daripada Akhirat. Dunia adalah sesuatu yang dekat, manakala akhirat pula yang jauh. Yang paling cepat terpengaruh adalah mata lahir.
Oleh sebab itulah setakat untuk mendidik mata, mulut dan akal untuk berperanan, Allah tidak perlu datangkan Rasul. Untuk mendidik akal semata, orang jahat pun boleh mendidik, tetapi untuk mendidik roh, bukan sebarang orang yang mampu. Roh itu istimewa, ahli falsafah tidak mampu mendidik roh. Oleh kerana roh itu urusan Tuhan, maka pemimpin yang mampu untuk mendidik roh pun urusan dan utusan Tuhan juga.
APAKAH FAKTOR YANG MENGHALANG PERANAN ROH?
Di dunia ini, apa sahaja yang kita lakukan samada yang halal, sunat, harus dan lain-lain, jika ianya terputus dengan Tuhan, perkara tersebut akan membinasakan manusia. Apa sahaja yang kita bangunkan, tadbir, jika ia terputus dari Tuhan, iaitu bila ia tidak dihubungkaitkan dengan Tuhan, ia akan merosakkan roh. Manusia hari ini menjadikan akal sebagai tempat rujuk utama. Sebelum bertindak apa-apa, mesti tanya akal dulu, logik atau tidak, tepat atau tidak? Sedangkan peranan akal bukanlah sandaran utama. Kerana keputusan akal tidak semestinya tepat dengan kehendak Tuhan.
Sepatutnya sebelum bertindak dan berbuat sesuatu, terus hubungkan hati dengan Tuhan dahulu. Nanti Allah akan campakkan rasa-rasa di dalam hati sebagai panduan. Gerakan hati inilah satu isyarat keputusan dari Tuhan. Akal hanya mengesahkan sahaja keputusan tersebut. Yang membuat keputusan adalah hati, bukan akal.
APA TANDA ROH ITU HIDUP ?
Roh yang hidup akan berperanan. Untuk menilai samada roh berperanan atau tidak, contohnya apabila seseorang melihat keindahan alam, lautan, bukit bukau dan lain-lain, tetapi hati tiada contact dengan Tuhan, tidak terasa kehebatan dan kebesaran Penciptanya, ini bermakna roh tidak hidup, malah telah rosak. Tetapi kalau melihat benda yang sama, hati merasa kehebatan dan kebesaran Tuhan, itu menunjukkan rohnya hidup, dia mendapat rasa berTuhan, dan mendapat iman.
PENTINGNYA MENJAGA ROH
Penjagaan roh adalah penentu nasib di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat. Lantaran mengabaikan roh, maka hari ini kita terpaksa akur dengan kelemahan umat Islam dari pelbagai aspek. Belum ada satu bidang yang boleh dibanggakan oleh umat Islam. Mana mungkin kita mengalahkan musuh dengan menggunakan senjata ciptaan musuh. Mengapa kita tidak merujuk kepada ’senjata luar biasa’ yang Allah sediakan khas untuk orang-orang bertaqwa.
Cuba lihat kehebatan Nur Muhammad, roh Rasulullah yang aktif berperanan sekalipun setelah baginda wafat. Kehebatan mukjizat Rasulullah terus berlaku iaitu melalui roh muqaddasah mutasorrifah yang sentiasa aktif berparanan. Kalau kita baca kitab-kitab tasawuf, roh orang-orang yg bersih dan disucikan seperti roh para Rasul, wali-wali samada yang masih hidup atau yang telah meninggal, tetap aktif berperanan. Sebab itulah kita boleh bertawassul dengan roh-roh suci ini.
Kita telah melihat pentingnya peranan roh serta kesan luar biasa hasil dari roh muqadasah mutasorrifah. Inilah sebenarnya rahsia kekuatan umat Islam yang Tuhan simpan untuk hamba-hambaNya yg brtaqwa. Rahsia yang cuba diintai oleh musuh tetapi tidak berjaya. Tuhan hanya perturunkan untuk orang-orangNya atau utusanNya. Sebab itulah Rasulullah digelar sirril asror ~ rahsia bagi segala rahsia. Kerana dia berperanan mendidik dan mengendalikan roh manusia di zamannya hinggalah sekarang.

Wasalam.